Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Wednesday, October 9, 2013

Langkah untuk Mengubah Dunia

Berubah mestilah bermula dengan percaya. Perbubahan itu juga perlu bermula dengan percaya. Sekiranya kita percaya bahawa perubahan itu boleh dilakukan, maka kita akan menyusun langkah dan mengambil langkah-langkah yang telah disusun dengan yakin. Pertama dan utama ialah Percaya.


Perubahan tertakluk kepada misi dan objektif. Melihat kepada situasi dunia sekarang, setiap manusia mahukan perubahan yang positif ke arah dunia yang lebih hijau. Hijau membawa maksud keamanan. Tiada perang, tiada kemusnahan, tiada prejudis dan tiada salah sangka.

Adakah perkara di atas mustahil untuk dijayakan?

Maka, di sinilah pentingnya kita PERCAYA. Percayalah bahawa kita mampu mengubahnya. Bagi orang yang beriman, mereka perlu percaya bahawa mereka juga memiliki tanggungjawab ke atas dunia. Tanggungjawab ke atas dunia bererti tanggungjawab untuk membawa kesemua yang disebut tadi ke atas muka bumi ini. Menghapuskan perang dan sengketa.

Tapi, perubahan perlu bermula dengan diri sendiri. JIka kita tidak mahukan peperangan dan membantu orang yang susah. Kita perlu terlebih dahulu membuang segala rasa benci kita kepada semua manusia, dan menjauhkan diri dari menyusahkan orang lain. Wujudnya orang yang susah adalah disebabkan adanya orang yang menyusahkan orang lain walaupun sekadar tidak peduli kepada kesusahan orang lain.

Termasuklah rasa benci kepada mereka yang selalu membangkitkan kebencian. Rasa benci kepada Yahudi dan Amerika misalnya, perlu dialas dengan alasan yang konkrit dan perlu bersifat objektif dan bukan subjektif. 

Benci kepada obama adalah kerana tindakan dan sikapnya. Namun batang tubuh obama itu sendiri tidk perlu dijadikan musuh, kerana obama juga adalah manusia yang sama seperti kita. Sekiranya kita mahukan dunia yang sentiasa menghormati hak orang lain, maka kita terlebih dahulu perlu menghormati hak orang lain, sekalipun hak untuk orang lain tidak menghormati kita. 

Bila kita faham hakikat perubahan bermula pada diri sendiri, maka kita akan faham proses perubahan itu memakan masa yang lama, kerana untuk mengubah 1000 orang tidak semudah mengubah diri sendiri.

Saya sedang mengubah dunia, dengan mengubah diri saya.. Saya masih belum berjaya mengubah orang lain kerana perubahan yang tidak pernah berlaku kepada diri saya. Bukankah "Aksi bersuara lebih hebat dari kata"?

Sekarang saya sedang belajar untuk menerima, sila ajari saya....

1 comment:

Suhaime Sulong said...

Assalam..

Saya beretuju dengan pandangan tuan bahawa untuk berubah memang susah. Perubahan memerlukan pengorbanan. kadangkala kita perlu korbankan apa yang kita suka untuk berubah. Contoh mudah, perokok perlu buang tabiat merokok (yang disukai). Pengorbanannya akan menghasilkan badan (paru-paru) yg lebih sihat. Tapi ini susah dilakukan. Berapa orang perokok yg berjaya berhenti merokok?

http://sohighmay.blogspot.com

Antara Yang Menarik