Taybah

Ilmu Itu Cahaya...
Thursday, June 5, 2008
aku mereka dan dunia...[4]
“Aik, bangun-bangun terus senyum?” tegur Inspektor Hamlud, ketika menjenguk aku di bilik yang aku kongsi bersama angah. Inspektor Hamlud merupakan pegawai di Balai Polis Cheras, merangkap ayah yang aku kagumi. Bagi aku, ayah dan ibu adalah dahan tempat aku berpaut, juga payung untuk aku berteduh. Rumah, mahligai yang mengumpulkan kami sekeluarga, juga “kubu” yang menghindarkan kami dari bahaya bencana.
Pn Fauziah, heroin keluarga kami, berkhidmat di Ibu Pejabat Kastam DiRaja Malaysia, di Damansara. Ayah menghantar ibuku ke tempat kerjanya, along pula ke sekolah menaiki bas, ngah sekolah petang tapi hari itu dia ke sekolah awal dari biasa. Ida pulak berjalan kaki ke sekolah kira-kira 6 blok dari rumah. Tapi sekolah ida ni pelik skit, perempuan berbaju kurung, dan lelaki berbaju melayu bersampin, warna kain dan sampan kedua-duanya hijau, letaknya pula di halaman surau taman cheras indah.
Aku suka pergi ke sekolah ida pada waktu petang selepas azan asar. Sebabnya? Ketika itu satu sekolah akan mengalunkan nasyid, “ﺍﻠﻠﻬﻢ ﺍﺭﺣﻤﻨﺎ ﺑﺎﻠﻘﺭﺀﺍﻥ ” lagu itu abgiku cukup merdu, kenapa? Aku pun belum begitu pasti akan jawapannya. Ada sesekali tu, walaupun sedang asyik bermain, aku akan berhenti dan bergegas ke sekolah ida hanya untuk mendengar nasyid tersebut.
Pagi itu, masih lagi aku dan bibik di rumah. Aku pun menikmati sarapan yang agak pelik menunya hari tu. Nasi putih, sardin, ikan bilis, dan sayur.
“bibik, makanan ni untuk tengahari sekali ke?” Tanya aku kehairanan.
“oh, ni bukan lauk tengahari! Ni lauknya sahur pagi tadi,” balas bibik yang berasal dari Indonesia.
“sahur?” balasku inginkan penjelasan.
“iya sahur, hari ini sudah mula berpuasa,” jawab bibik.
Wah, Puasa? Sahur? Apa maknanya? Aku enggan merumitkan kepala, lantas terus melicinkan pinggan untuk menyambung penerokaan aku selanjutnya hari ni. Aku menyeru dan memanggil keluar semua “rakan-rakan” sepenerokaan dan juga kelengkapan-kelengkapan yang aku perlukan dari bilik stor.
Memulakan hari ini dengan bermain bersama encik Batman, menemaninya bertarung dengan Incredible Hulk. Hari ni, Hulk telah dirasuk oleh orang jahat. Jalan cerita yang diadaptasi dari cerita Suria Baja Hitam, episod 34. Akhirnya, seperti biasa Batman menang, dan berjaya memulihkan ingatan Hulk dan mereka berdua kembali berkawan baik.
Setelah berpuas hati kerana berjaya memulihkan Hulk, aku memutuskan untuk kelua rumah. Destinasi tujuan hari ni adalah rumah aman.
“Assalamualaikum,” sapa aku meminta izin untuk masuk ke rumah aman.
“Eh, Farid! Masuklah,” sambut ibu aman.
“aman, ko tau tak sahur tu apa?” ujar aku kepada aman.
“sahur? Pagi tadi aku sahur. Mak aku cakap kalau nak puasa kena sahur,” jawab aman ringkas.
“puasa tu apa plak?” ujar aku yang semakin hairan.
“ko tak puasa ke? Macam mana nak raya? Kalau tak puasa tak bleh raya kan mak?” perli aman sambil memalingkan pandangan kepada Mak Cik Minah yang tekun menjahit baju.
“Takpe, farid kecik lagi. Puasa tu, tak makan dan minum dari pagi sampai petang. Dah habis puasa boleh raya,” jawab mak cik Minah ringkas sambil tersenyum melihat telatah kami berdua.
Aku memaksa diriku untuk terima sahaja jawapan Mak Cik Minah lantas menarik tangan aman ke satu sudut rumahnya. aku berbisik kepada aman bertanyakan hal ikan yang kami tangkap tak lama dulu. Aman sekadar menggelengkan kepala, sambil mencebik muka. Dengan nada yang perlahan dia memberitahu bahawa ikan-ikan tersebut dah mati. Tak sempat pun nak tengok bertukar jadi katak atau tidak, ujarnya.
Aku pun turut bersedih bersimpati mengenangkan betapa sayangnya aman terhadap ikan-ikan yang berhempas-pulas kami tangkap bersama. Aku mengajaknya bermain bagi mengelakkan kesedihan berlarutan dan menjejaskan misi meneroka kami pada hari itu.
bersambung...
aku, mereka dan dunia..[3]
tempoh perkenalan yang agak singkat.. namun sudah banyak yang aku pelajari..
aktiviti harian; bermain, makan, tidur... keindahan tanpa batasan, keseronokan tanpa halangan..
hari dimulakan pada lewat pagi, seceliknya mata terus mendapatkan tudung salji menyemak makanan menjadi santapan pertama hari ni. gendang-gendut tali kecapi, walau kenyang perut, tetap berlari....
seawal pagi, mak dan ayah telah pun bersiap untuk pergi mencari rezeki. "bibik" menemani aku dan kakakku di rumah. Bibiklah yang menjadi mangsa "penerokaan alam kanak-kanak" aku di rumah. "the day Farid's ruled".
bosan berlari, "askar kecil" menjadi teman seperjuangan mengharungi perang di rumah dua tingkat. sekejap bertempur di atas, di bawah, di tangga, di dapur, di bilik air, hingga ada askar yang lemas di longkang, tak kurang yang cedera di gigit kucing. hingga akhirnya kemenangan berpihak kepada "yang baik". menurut fikiranku, yang jahat kesudahannya mati. Yang baik meneruskan hidup memakmurkan bumi, seperti Ultraman, jetman, power rangers, satria baja hitam, batman, ninja turtles, x-men, tak kurang robin hood yang menjadi hero kerana "mencuri untuk memberi".
hero-hero inilah yang menjadi pujaan hati aku dan kawan-kawanku. saban waktu kami membincangkan mengenai kuasa sakti dan kehebatan mereka bertempur dengan raksasa yang mereka kalahkan demi memepertahankan keamanan dunia, terkadang membayangkan seolah kami juga mempunyai kuasa yang sama. kami di tanam dengan kepercayaan, pengorbanan melindungi dunia ini dari "raksasa" dan "penjahat" adalah perbuatan yang mulia...
"farid, makan nasi nih!" jerit bibik menandakan masuknya waktu makan tengahhari bagi "No 50, jalan cheras indah 15, taman cheras indah, KL" dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. belum ada tanda amaran dan seruan yang sepenting seruan makan....
maka perut diisi, tangki dipenuhi. tenaga secukupnya diperlukan untuk aku meneruskan perjuangan..
petangnya, koleksi "hot wheels" yang pelbagai warna dan rupa menjadi pilihan. Membawa aku bersiar-siar. sesekali berlumba di litar yang cukup sukar laluannya, "perlumbaan tanpa graviti".. sekejap di udara, sekejap di tanah, bahkan dinding juga menjadi laluan litar lumba rekaan aku....
lewat petang aku dan kawanku bergegas keluar dari kubu, meneroka keluar "dunia" menjelajah dan menjajah kawasan baru untuk dijadikan teritori. Mencari "pakatan" baru untuk dijadikan rakan kongsi bual bicara, senda gurau dan ketawa...
"wei, tengok ni, ada ikan la," seru najib yang ketika itu khusyuk memerhati ke dalam longkang tidak jauh kedudukannya dari rumah aku.
"korang tunggu jap, aku gi amik cebuk," ujar aman, lantas berlari menuju ke rumahnya.
kami menunggu sambil memerhati dengan penuh teliti.
"eh, ni bukan ikan, anak katakla," sangkal adi cuba mengalihkan tumpuan.
"mana pulak, kalau berudu takda ekor macam ni," sambut aku, cuba mengembalikan semangat dan perhatian.
"hah, jom kita tengok siapa yang betul," selit aman, kembali dengan cebuk yang barangkali di ambil dari tandas rumahnya...
sejenak menumpukan sepenuh tenaga dan perhatian, tiba-tiba..
"pin! pin! Woi, apa yang kamu main kat longkang ni??" jerit seorang pak cik dari sebuah kereta yang kebetulan lalu di jalan tempat "lubuk ikan" di temui.
sambil menyumpah kami meneruskan misi menangkap ikan tanpa menghiraukan teguran pakcik tersebut..
setelah puas berhempas pulas akhirnya 7 anak aikan berjaya kami tangkap..
"aman, ko nak buat apa dengan ikan ni," tanya najib berminat untuk mengetahui kesudahan ikan yang kami tangkap.
"tentulah aku bela kat rumah," ujar aman.
"nanti, kalau benda tu besar jadi katak padan muka korang," ujar adi cuba mempertahankan kenyataannya.
sambil sibuk berbalah, tiba-tiba kaki aku tergelincir jatuh ke dalam longkang.
"aduh, sakitnya!" jerit aku sambil memrhati adi dan najib mentertawakan aku. Mujurlah aman menghulurkan tangannya membantu mengeluarkan dari longkang..
"ei, busuk!" adi dan najib terus menyakitkan hati aku.
"Woi, dosa tau buat macam tu, kalau korang yang kena nanti macam mana?" soal aman menenangkan aku yang sudah pun bermandikan darah dan air mata.
"ok, ok. aku mintak maaf," ujar adi, sambil menutup mulut menahan gelaknya.
hari yang indah berakhir di situ apabila kami berpecah kembali ke "territory" masing-masing.
di rumah, ibu dan bapaku sudah pun pulang ke rumah. along dan ngah juga tampak keriangan menceritakan pengalaman indah masing-masing di sekolah mereka hari ni. sungguh aku tak faham apa yang best sangat dengan sekolah yang mereka sebut berulang-ulang itu?? sebelum menjejakkan kaki ke dalam rumah, aku membasuh muka mengesatkan air mata, sambil cuba untuk menutup kesan luka di tangan dan kaki akibat terjatuh di longkang..
"assalamualaikum," sapaku lantas terus bergegas ke bilik yang terletak di tingkat atas..
malam tu, aku tidur awal sejurus selepas makan malam bersama keluarga. hanya bertukar pakaian tanpa mandi, mengelakkan pedih akibat luka yang terkena air.
berlalulah hari indah... hari ini, aku belajar sesuatu, perkataan yang asing yang cuba aku fahami, terbayang akan perkataan dosa dan sekolah. apa makna dua perkataan tersebut?? juga iktibar yang aku pelajari mengenai "pesan orang tua-tua" yang aku abaikan ketika leka bermain di longkang..
Thursday, May 29, 2008
aku mereka dan dunia..[2]
aku membesar, makan, minum, tidur, menangis, ketawa, merengek...
melalui zaman kecil yang indah.. disebut dalam Al-Quran, dilahirkan manusia ke dunia ini melalui perut ibu kita dalam keadaan yang tidak punya apa2... lalu di berikan penglihatan, pendengaran, deria dan akal untuk memerhati dan merenung kebesaran dan keagungan Tuhan...
bukankah sememangnya sukar untuk kita ingat seawal keberadaan kita di dunia ini??
waktu itu aku berumur 3 tahun.. ibu bapa aku membawa kami 4 beradik keluar berjalan2...
sepanjang perjlanan ukiran senyuman tidak pernah lekang dari wajah along, angah, ida... aku? barangkali tidak punya perasaan ketika itu...
sesampai di luar KOMTAR aku mengadu ingin buang air kecil... selesai menunaikan hajat, berlakulah komplikasi luar jangka...
"aduh," aku mengerang kesakitan.. lantas di bawa aku berjumpa dengan doktor helmi setelah pelbagai usaha menenagkan keadaan tidak berjaya..
"ni kena sunat terus ni," ujar Dr Helmi(baru2 ni bertanding dalam PRU-calon BN)
sebaik mendengar kata-kata Dr Helmi dengan sendirinya "keretapi" yang tersekat tadi dapat diteruskan perjalanannya... :-)
kecik2 dah menyusahkan orang kan??
nyaris-nyaris aku merosakkan "hari gembira" bagi semua orang..
walaupun dah berjaya meneruskan perancangan, namun morale kami seakan sudah berkurang..
bagi memperbaiki keadaan, kami dihadiahkan dengan satay dan ABC yang cukup enak...
walaupun sememangnya kesilapan aku menjeaskan suasana tapi ibu dan bapa ku berjaya membuatkan kami pulang dengan hati yang puas dan gembira..
(p/s: kepada abg dan kakak, sori buat pasal....)
along beza 6 tahun dengan aku... waktu aku lahir, dia sedang belajar di Tadika di Balik Pulau, Pulau Pinang.. Rumah yang kami duduk ketika itu, Rumah Ketua Polis Daerah Balik Pulau terletak tidak jauh dari tempat along belajar.. kadang-kadang, ida, kakak aku yang tua setahun, dibawa bersama ke sekolah..
macam-macam hal yang berlaku di sekolah bila ida ikut along ke sekolah...
ngah, satu-sautnya abang yang 4 tahun tua, sempat bersekolah di Balik Pulau.. pernah satu ketika mereka berdua(along dan ngah) naik kereta peronda pergi dan balik sekolah.. sekali tengok macam pesalah kanak-kanak... Ketiga-tiga kakak dan abang aku dilahirkan di hospital, tapi along dan ngah sahaja yang sempat ayah aku sambut, aku dan ida dilahirkan ketika ayah aku tiada di samping isterinya...
tapi rasa2nya, boleh berbangga juga kalau kecik2 pun dah ada "escort" ke sekolah...
ketika usia aku 4 tahun, ayah aku dipindahkan ke ibu pejabat polis maluri, lalu kami semua berpindah buat kali pertama dalam hidup aku dan ida, namun kali kesekiannya untuk ahli keluarga kami yang lain...
kami berpindah ke Taman Cheras Indah, CHeras, Kuala Lumpur.. ngah dan along menaiki lori dari pulau pinang, aku dan ida pula bersama ayah dan mak menaiki kereta...
Seingat aku, ketika di usia inilah yang aku betul-betul jelas dengan keadaan sekitar aku.. ketika itulah baru aku sedar akan kewujudan ahli keluarga aku.. bak kata ulama' "Mumaiyiz"...
sebelum tu? nyatanya sememangnya ibu dan ayahku adalah segala sumber dan kekuatan..
ketika inilah aku mula memikirkan dan bertindak mengikut perkiraan akal..
kedangkalan akal dan ketidak matangan keputusan menyebabkan ingatan silam ketika zaman kacilku dipenuhi dengan memori yang kurang enak.. sejenak mengenangkan hal ini, sambil memerhati gelagat kanak-kanak zaman sekarang, menyedarkan aku betapa nakalnya aku ketika kecil....
p/s: maaf mak, ayah, along, ngah ida... sekali lagi
aku, mereka dan dunia...[1]
hari selasa, pukul 5 petang, tanggal 18 februari 1986M, 6 jamadil akhir 1405H...
mak aku duk sorang2 kat rumah dengan tangannya sedang asyik menggubah bunga..
masa tu ayah, dan adik beradik aku yang lain keluar tengok bola...
yang ada kat rumah masa tu opah pinang(tapi sebutnya penang) ngan kakak aku, Ida..
tiba-tiba perut mak aku sakit..
"eh, awalnya..." keluh mak aku...
"mak cik!" jerit mak aku memanggil opah pinang...
lalu bergegas opah pinang dan mak bidan mendapatkan mak aku yang ketika itu berada di ruang tamu...
"ni dah tak sempat dah ni," bicara mak bidan lantas pergi ke dapur menjerang air..
opah pinang turut membantu membentangkan lapik mengelakkan darah mengotori lantai...
keadaan begitu kritikal...
dalam suasana yang hiruk pikuk itu, tiba-tiba terdengar suara tangisan bayi..
"alhamdulillah," lafaz opah pinang sambil memerhatikan mak bidan yang sedang mengangkat air yang baru dijerang..
"anak ko lelaki," ujar mak bidan sambil mendukung bayi tersebut memberikan kepada Mak aku..
aku ketika itu menangis dan terus menangis, namun ukiran senyuman di bibir ibuku gembira dengan kelahiran aku ke dunia...
bermulalah episod hidup di dunia yang mencabar......
petangnya ayah aku pulang ke rumah bersama kakak dan abang aku...
semuanya berebut-rebut mengerumuni "orang baru" dalam keluarga..
Wednesday, May 21, 2008
bacalah..
kajian demi kajian membuktikan bahawa manusia sememangnya dilahirkan dengan fitrah..
fitrah yang juga disebut sebagai naluri merupakan anugerah daripada Allah kepada manusia..
walaupun manusia boleh membuat pelbagai tafsiran mengenai bentuk perhubungan sesama manusia, namun kajian tersebut pasti akan mengaitkan diri manusia dengan fitrah/naluri yang sedia ada dalam diri manusia..
menurut pakar psikologi barat, manusia membuat pertimbangan dengan menggunakan akal berdasarkan pemerhatian, pengetahuan dan pengalaman yang mereka lalui.
akan tetapi pertimbangan yang manusia lakukan menggunakan akal tersebut hanyalah semata-mata proses analisis dan tafsiran. keputusan hasil daripada tafsiran itu akan dibuat oleh suatu unsur lain yang masih belum dapat dibuktikan secara saintifik. iaitulah bagi umat Islam meyakini bahawa proses membuat keputusan akan dilakukan oleh "qalbu" atau hati.
namun "hati" di sini belum dapat dipastikan adakah ianya seperti hati yang dapat dilihat secara fizikal, yang pastinya "hati" inilah yang bertindak mengawal proses membuat keputusan di dalam diri manusia.
Hati ini pula didorong oleh naluri dan juga fitrah yang ada dalam diri manusia. antara fitrah yang ada pada semua manusia ialah inginkan kebaikan, suka disayangi, ingin menyayangi, tak suka dimalukan, takut untuk berbuat jahat dan kezaliman, dan sebagainya.
disebabkan faktor hati inilah yang menyebabkan terhasilnya pelbagai tindakan dan pandangan yang berbeza sekalipun manusia-manusia itu datang dari latar belakang yang sama.
menurut pandangan Islam, penjagaan hati ini adalah yang paling penting kerana jika baik hati ini maka baiklah seluruhnya, dan jika buruk hati ini maka buruklah seluruhnya.
telah pun dibuktikan bahawa manusia yang pandai jika mempunyai hati yang buruk akan menghasilkan perbuatan yang buruk, sebaliknya jika seseorang yang mempunyai hati yang baik sekalipun dia tidak begitu pandai akan menghasilkan tindakan dan perbuatan yang baik.
bukti yang menyokong kejadian ini ada di hadapan kita.
maka sebagai umat Islam, menjadi teras dalam tindakan kita seharian agar senantiasa menjaga hati agar kepandaian yang dikurniakan Allah kepada kita tidak menyebabkan kita tersasar dan terhindar dari nikmat yang dikurniakan olehNya..
Wallahu a'alam...
Monday, May 12, 2008
Peranan Umat Islam Masa Kini.
Sesungguhnya umat Islam pada hari ini seharusnya berasa syukur dan berpegang teguh dengan ajaran yang telah diperturunkan oleh Allah S.W.T. melalui perutusan Nabi Muhammad S.A.W. dan kitab Al-Quran. Kerana sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah Tuhan sekalian alam hanyalah agama Islam. Bukan sahaja diiktiraf di dalam Al-Quran, golongan cerdik pandai, alim-ulama’, malah kejadian alam ini juga menjadi saksi akan kebenaran risalah ini.
Sekatan kerana kasih dan sayang
Agama Islam juga adalah satu-satunya agama yang amat menyayangi penganutnya. Peraturan yang diperintahkan, larangan yang dikeluarkan bukanlah semata-mata untuk menyekat kebebasan penganutnya, akan tetapi untuk membimbing dan meminpin manusia seluruhnya untuk terus berada di atas landasan panduan hidup yang benar. Juga untuk melindungi manusia dan juga ala mini daripada kebinasaan, kehancuran dan malapetaka.
Jika seandainya seorang anak ingin keluar bermain di waktu malam yang gelap dan sunyi, sudah tentu ibu bapanya melarang dan tidak membenarkan dia keluar. Malah ada kalanya ibu bapa kita juga menghalang kita daripada bertindak sesuka hati. Tindakan ibu bapa kita ini bukanlah untuk menyekat kebebasan kita, akan tetapi kerana kasih dan saying mereka kepada kita. Perkara sebaliknya berlaku apabila ibu bapa terlalu memanjakan anak mereka hingga akhirnya anak mereka itu hilang kawalan dan terdedah kepada bahaya seterusnya terjerumus ke lembah kebinasaan.
Bentuk keadilan Islam
Keadilan yang terdapat dalam ajaran Islam juga tiada tolok bandingnya. Bahawa adil itu ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Jika kita punya anak, seorang lelaki dan seorang perempuan, sudah tentu layanan yang adil perlu diberikan kepada keduanya. Misalnya jika kita ingin membelikan mereka pakaian baru untuk sambutan hari raya, anak lelaki dibelikan baju Melayu, dan anak perempuan diberikan baju kurung. Jika anak lelaki berbadan besar dan anak perempuan berbadan kecil, saiz baju keduanya juga sudah semestinya berbeza mengikut kesesuaian. Inilah bentuk keadilan yang ditegakkan oleh Islam.
Adil itu bukan dilihat dari kaca mata kita, akan tetapi dilihat secara keseluruhan dari segenap segi. Tambahan pula untuk perkara yang kompleks yang melibatkan manusia seperti system kehakiman, pernikahan, dan banyak lagi. Islam memberikan petunjuk dan panduan yang lengkap kerana sememangnya manusia tidak mampu untuk berlaku adil apatah lagi untuk membuat penilaian tehadap hukuman dan peraturan yang kompleks dalam kehidupan sehari-hari.
Kehebatan Nabi Muhammad S.A.W.
Bukti kebenaran ajaran Islam ini sudah jelas hasil daripada kajian saintis, juga kajian cendekiawan Islam dan Barat. Dunia mengakui bahawa Muhammad Bin Abdullah S.A.W. adalah insan yang paling agung. Terlalu banyak pengiktirafan yang diberikan kepada baginda Rasullullah S.A.W. kerana sememangnya baginda menunjukkan contoh tauladan yang terbaik bagi seorang manusia meliputi segenap aspek dalam kehidupan. Bermula dari system kekeluargaan, ekonomi, perundangan, pemerintahan psikologi, politik, sehinggalah kepada aktiviti seharian seperti makan, minum, tidur hatta adab ke tandas juga diajarkan oleh Baginda S.A.W.
Al-Quran melampaui sains dan zaman.
Kajian saintis mengenai keterangan Al-Quran dan hubungkaitnya dengan system alam ini juga menunjukkan kebenaran ajaran Islam. Kira-kira 1400 tahun dahulu Al-Quran telah pun menyebut mengenai system saraf dan deria yang terdapat pada kulit manusia. Sedangkan kajian saintifik mengenai perkara ini hanya bermula sekitar 300 tahun yang lalu. Kajian mengenai kejadian manusia, kewujudan alam, peredaran bintang, sifat bumi, bulan dan matahari semuanya dinyatakan di dalam Al-Quran. Belum ada satu ayat pun yang terkandung dalam Al-Quran yang bercanggah dengan bukti dan penemuan saintifik.
Krisis Umat Islam
Namun keadaan umat Islam pada hari ini begitu jauh menyimpang dari aras ketamadunan yang terkandung dalam ajaran Islam. Pengakuan Islam yang kita lafazkan, mahupun identity Islam yang tertera pada kad pengenalan ternyata digunakan sebagai jalan pendek untuk mengaut kepentingan dunia semata-mata. Ada yang menggantung ayat-ayat Al-Quran sebagai pelaris, ilmu agama untuk menipu dan memperdaya, bahkan ada yang kononnya pengamal Islam, menggunakan ilmunya mendakwa diri memiliki kesaktian, lebih teruk mengaku diri sebagai Tuhan.
Islam dan keganasan
Maka timbullah pelbagai tafsiran dan salah tanggapan masyarakat terhadap ajaran Islam. Gelaran pengganas, anti-modenisasi, penindas wanita, jumud dan kuno adalah label-label yang sinonim dengan Islam. Peliknya, gelaran-gelaran datangnya bukan sahaja daripada orang bukan Islam, malah dating dari orang Islam yang ternyata pendek dan dangkal imunya mengenai Islam.
Cerminan Muslim sejati
Justeru itu, tanggungjawab kitalah sebagai orang Islam, untuk kembali memperbetulkan keadaan. Kita diberikan kelebihan oleh Allah Ta’ala dengan nikmat Islam dan Iman, juga dikurniakan ilmu pengetahuan yang sedikt-sebanyak membantu kita membezakan antara yang baik dan yang buruk. Maka tanggungjawab untuk memberikan cerminan terbaik Islam melalui tingkah-laku dan pemikiran adalah menjadi hak kita. Insan terpilih seperti kita inilah yang seharusnya berusaha untuk membuang label-label negative yang dikenakan terhadap Islam.
Bekalan sepanjang perjalanan
Kita punya 1000 peluang dan kekuatan untuk mengembalikan diri kita dan manusia seluruhnya kepada Islam, namun kita juga punya 1000 langkah dan masalah yang perlu kita hadapi untuk sampai ke saat itu. Bermula dari masalah perpecahan Umat Islam, kedangkalan ilmu pengetahuan umat Islam, kemunduran dan kekurangan penguasaan terhadap ekonomi dan politik umat Islam, sehinggalah kepada pertembungan secara langsung mengenai ideology dan pemikiran manusia yang ternyata telah jauh tersesat dan celaru.
Sejauh mana pun perjalanan, banyak mana pun cubaan, sesukar mana pun dugaan, sepayah mana pun simpulan yang ada takkan tercapai dan terhurai sekiranya masing-masing di antara kita terus kaku memeluk tubuh dan kelu apabila tuduhan dan cacian dilemparkan terhadap agama Islam.
Kesatuan yang tuntas perlu dicapai dengan kadar yang segera agar dikalangan umat Islam ini punya jaringan perhubungan yang mantap dan utuh. Melalui jaringan ini, beban tugasan dan masalah akan dapat dialirkan dengan baik, komunikasi pertukaran dan percambahan idea akan berlaku, saluran ilmu dan pengetahuan juga akan memberikan manfaat yang banyak kepada umat Islam.
Perlumbaan dan persaingan yang sihat juga perlu sentiasa wujud di kalangan umat Islam bagi merebut segala khazanah ilmu dan harta yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala kepada hambaNYa. Dengan ilmu Allah Ta’ala akan memberikan kita kedudukan di akhirat, dengan ilmu jualah Allah Ta’ala akan memberikan kita kelebihan di dunia.
Kekuatan Asas Umat Islam
Ternyata perkara yang paling asas di antara yang asas, adalah keimanan dan keyakinan kita kepada Allah Ta’ala. Kebenaran Aqidah Islamiyyah adalah perkara pertama yang perlu kita kuasaai. Meyakini tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Ta’ala dan Nabi Muhammad S.A.W. rasul utusanNYa adalah kunci kepada segala-galanya. Kunci inilah yang pastinya akan membuka jalan dan pintu kepada segala masalah yang kita hadapi. Keyakinan bahawa sumber kekuatan dan kelebihan itu datangnya dari Allah adalah tunjang yang perlu kita semat baik-baik dalam hati dan sanubari kita.
Tentunya esok bukanlah hari untuk kita tuai hasil usaha yang kita lakukan hari ini, namun apa yang pasti ialah setiap tindakan dan usaha kita yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah S.W.T. akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal. Bersama-samalah kita berusaha dan berdoa agar dipermudahkan Allah Ta’ala jalan dan pelayaran kita di dunia ini agar selamat dilabuhkan tirainya di akhirat nanti.
Friday, May 9, 2008
najis mengundang nargis???
namun dari sumber-sumber yang ada - pihak junta = 21000 terkorban, 40000 hilang ; pbb = lebih 100000 terkorban ; aljazeera = jumlah kematian hampir mencecah jumlah yang sama pada 26 disember '04.
sinonimnya, ketiga-tiga sumber ini melaporkan bahawa jumlah kematian akibat taufan tersebut adalah tinggi.
jumlah kematian ini masih belum mengambil-kira kes-kes pasca tragedi, seperti kelaparan, wabak penyakit yang tentunya memillukan hati dan perasaan umat manusia, bak kata berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
sekaligus Myanmar menjadi tumpuan dunia dalam pelbagai isu meliputi, kebajikan dan kemanusiaan, politik dan pemerintahan, ekonomi dan sosial, serta banyak lagi.
negara-negara serta pertubuhan-pertubuhan dan kesatuan seperti kesatuan eropah, pbb, negara indonesia, perancis adalah golongan terawal yang menyumbang kepada mangsa taufan nargis. Malaysia juga tidak ketinggalan "menyatakan keinginan dan niat baik" untuk membantu myanmar. puluhan ribu yang kehilangan tempat tinggal dan terputus bekalan makanan.
namun masalah yang membelenggu negara-negara yang baik hati tadi adalah, myanmar mengalukan bantuan bukan pembantu. belum surut pergolakan yang berlaku di myanmar akibat pemerintahan junta, taufan nargis menambah derita dan sengsara rakyat myanmar. inilah yang disebut pengajaran dari Tuhan akibat kelalaian dan kezaliman yang dilakukan padahnya pula tidak memilih mangsa.
junta enggan menerima pasukan keselamatan masuk tanpa tapisan, disebabkan oleh pergolakan dalaman yang berlaku di myanmar. bayangkan, gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah. amerika dengan bongkaknya menyebut, kami akan menghulurkan bantuan jika myanmar membenarkan tentera mereka masuk, sedangkan umum mengetahui bahwa agak mustahil untuk myanmar yang sedia sombong dan angkuh untuk memberikan kebenaran.
delta irrawady merupakan lembah yang subur dengan aktiviti pertanian, pengeluar beras terbesar yang mengeluarkan separuh daripada keperluan beras dunia. maka bayangkan kesannya ke atas negara kita yang makanan asas ialah nasi.
kenaikan harga barang adalah kesan yang jelas akan memberikan impak kepada jutaan penduduk dunia. kenaikan harga beras hingga sekali ganda dalam tempoh terdekat bukanlah perkara yang mustahil.
di saat inilah manusia perlu segera kembali kepada ajaran Islam. walaupun delta irrawady letaknya lebih 2000km dari Malaysia, namun kesan yang dialami oleh myanmar sedikit sebanyak terkena kepada kita.
jika bukan kerana kesan itupun, sebagai manusia yang punya nilai, hati, perasaan, dan pegangan seharusnya menggunakan nikmat pemberian akal untuk merenung apakah yang sebebnarnya ingin ditunjukkan oleh Allah S.W.T. dalam peristiwa nargis tersebut??
bukan kerosakan di atas muka bumi ini disebabka oleh perbuatan tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab??
bahawa sememangnya manusia dipertanggungjawabkan ke atas perkara yang terdapat di atas muka bumi, dengan jawatan khalifah untuk mentadbir dan memakmurkan bumi ini???
kemalangan akan terus berlaku, kecelakaan akan terus memburu, kehidupan akan makin bercelaru sekiranya manusia(kita terutamanya) terus leka dan hanyut dibuai dunia...
jom peduli...
Antara Yang Menarik
-
1. Kelas beroperasi setiap Isnin hingga Khamis bermula 7.00 hingga 9.00 malam. 2. Kelas akan bercuti pada hari-hari cuti umum d...
-
DEFINISI Sirr dari segi bahasa bermaksud rahsia, sementara Hazar bermaksud kewaspadaan. Antara perkara yang wajib ada pada sesebuah geraka...
-
Inilah rupa dapur bilik yang saya gunakan untuk membuat Unta Panggang Albariti. Ramuan: Daging Unta SEGAR setengah kilo.(kat Mekah ni ...
-
Liberal bermaksud terbuka. Liberalisme pula ialah keterbukaan. Ramai yang tidak bersetuju dengan pendekatan liberal dalam dakwah, walaupun r...
-
"PUTRAJAYA 10 Jun - Gagasan 1Malaysia akan dilancarkan secara besar-besaran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran...