Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Monday, June 29, 2009

Rentetan Peristiwa Memali - Satu bukti Kebangangan UMNO.

Dipetik dari blog Bila Bunga Melayang

AL-FATIHAH

MOGA ROH AS-SYAHID IBRAHIM MAHMOOD
DICUCURI RAHMAT



Mengimbau kembali peristiwa memali. sebut memali mesti ingat..ust.Ibrahim libya..atau ust. Ibrahim Mahmood. kisahnya menarik untuk di ikuti sebagai pengajaran kepada kite tentang kerakusan manusia yg sentiasa mengejar dunia sehingga membelakangkan agama dan bangsa..

Dikatakn ustz Ibrahim mengajar ilmu sesat (tuduhan biasa kpd sesiapa yg tggi ilmu agama yg tak sehaluan ngn kerajaan) mengajar yg bukan2. pdahal kalu di ikutkan,sbaik sahaja bliau mnamatkn pgajian di Libya dalam degree..bliau bekerja dgn kerajaan..AKAN TETAPI,bliau tak lama di tmpt itu..kerana kesukaran bliau ingin mnegakkn HAQ..kerana yg BATIL teramat byk..

dikatakn juga..dalang peristiwa ini. MUSA HITAM ktika itu adalah TPM malaysia. die mgarahkn operasi itu di jalankn. dikenali dgn OPS HAPUS. dikatakn musa ini FREEMASON. Waallahua’lam. seramai 18 syahid,dan bpuluh cedera parah..hasil rmpasn ‘perang’ yg di siarkn dalam RTM hanya la konspirasi semata2..moga ALLAH mblas ‘jasa’ di kau wahai stesen kaki ampu..

18 syahid ditmpat kn si satu kubur besar kcuali sorg yg diminta ibu mereka utk dikebumi di alor setar. dikatakn bahawa sksi2 yg myaksikn mayat2 syahidun itu, walaupun dah 3 hari dalam blik mayat, mayat tak berbau malah peluh dan darah masih lagi ‘hidup’..maha suci ALLAH..DIA berkuasa atas sgalanya. muke Ust. Ibrahim masih segar, mlah tersenyum mnunjukkn die di kalangan org briman..dan as-syahid. nk di tambah di sini. Sultan Kedah datng mcemar duli di memali dan mginstyharkn Ust Ibrahim dan pgikutnya syahid. Musa hitam slepas prstiwa itu terbg ke penang ngn Nuri,mgadu kpda mufti di sana die takleh tido gelisah rimas. mufti itu mnasihatkn die mmbuat 2 kifarat, akn tp hnya satu sahaja di buat..btaubat di mekah ktika dia mnunai umrah. moga di ampun dosa bliau. ada pihak mgaitkn pristiwa kjatuhan bliau slepas tpat 100 hari pristiwa bersejarah itu (sblum itu ust. Ibrahim telah muncul dlm mmpi mgatakn tgu 100 hari). dan jatuhnya highland tower (anknye mnggal) dikatakn pmbalasan kpada dosa2 bliau mbunuh nyawa tak bersalah. satu lg pristiwa pasca peristiwa memali (pasca=slepas,sbaik shaja), musa tak pcaya 18 org itu as-syahidun. die nk korek tgk mayat..ntahla ape punye manusia die ni .die hya btalkn niat bila Sultan Kedah btitah..~ckupla..dah lepas..bia la lepas..~..

okla..pnjg sinopsis..korg bc yg bwah kalu nk tahu lg dtail..bgus cite ni nk di buat pgajaran..truskn niat anda..igt..blog ini u sesapa yg mahu mcri kbenaran..bukn mcari kesalahan.

001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kunpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman Kedah, Perlis, dan Penang.

002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.

003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni ‘kem komunis’ itu seberanya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.

00418/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.

Nota Khas: Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama "Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.

005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.

006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang dierima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.

007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.

008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai ‘Operasi Hapus’ itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling.

Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud. Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibupejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan ‘Operasi Hapus’ itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yagn seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.


009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi
berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibupejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan merka akan menyerang sebuah
kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.

010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke
bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.

011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.

012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang
sering mereka gunakan ketiak bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalahsasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu
membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan sendiri. Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah
ditolak oleh pegawai pemerintah.

BABAK DUA

013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telahditentang oleh pegawai yang beragama Islam.

014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan merka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia
kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali. Nota Khas: Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi
semacam itu ?

015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula
menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh bajingan bom molotov. Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan
diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.

016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.

017: Jam 1136 (19/11/85)pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk
sahaja. Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahim Beliau telah melawan mereka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan
Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara: "Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid."

018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi
sambil berkata; "Pergi jahanam dengan Islam".

019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitammengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.

020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital
di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.

021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba
di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau…..Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. "

BABAK KETIGA

Setiap insan yang waras di kalangan manusia di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan laporan mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati
dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata: "Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama. Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh
persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa ‘Operasi Hapus’ adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang

17 comments:

Mohd Nazri said...

thanks atas maklumat ini..tak tahula macam mana perasaan kita sendri kalau kita berhadapan dengan situasi seperti mereka..semoga Allah menempatkan mereka di kalangan orang yang dinaungi di akhirat dan membalas semula tindakan insan2 jahanam yang merosakkan dan memusnahkan syiar islam khususnya di UKM dan Malaysia itu sendiri..

damax2303 said...

selama ni igtkan org2 memali ni org2 yg sesat dan org yg tak tentu pasal..
alhamdulillah, sekarang sy dah faham dgn peritiwa memali ni..
mungkin ada beberapa info yg saya ragui tapi end of the story, kisah memali ini sebenarnye kisah kerajaan yg korup dlm usahanye membendung kebenaran dari ditegakkan dgn menyalahkan assyahid ibrahim libya dijadikan kambing hitam, semoga roh para syuhada ini tenang dan kite sebagai generasi baru menyerap aura ini untuk terus berjuang menuntut keadilan dan mencegah kemungkaran, amin..

Anonymous said...

simpati..takziah pada arwah..
Tapi tak sokong tindakan tak menyerah pada polis dan menentang pemerintah yang beragama islam..
Mungkin lebih banyak nyawa boleh diselamatkan jika perasaan taksub dan sombong dibuang oleh semua pihak..
Sudah qada' dan qadar dai Allah SWT

kayan said...

ade banyak lagi cara boleh dilakukan selain menyerang dan membunuh saudara seagama sendiri..

Anonymous said...

mudahnya saudara2 semua menghukum... mana dalil dan buktinya? kalau benarkan pihak berkuasa kejam dan tidak berperikemanusiaan, zalim dan ganas...saya kira bukan 18 yg gol hari tu, malahan 180 rasanya...

Anonymous said...

Oppsss, sedikit tambahan... saya sedang membuat satu kajian komprehensif tentang kejadian tersebut. dan kebanyakkannya tidak menyebelahi statment yg dibuat oleh pihak2 berhaluan kiri di luar sana, statement2 yg dikeluarkan sentiasa berubah2 selama lebih 25 tahun lepas, tak pernah tetap & tepat! itu yg peliknya dan menjadi tandatanya saya...dan org yg bertanggungjawab yg saudara2 semua tuduh tu, telah saya temukan! dan statment yg diberikan tetap tidak pernah berubah smenjak 25 tahun dahulu, diasak dan diajukan dgn soalan memerangkap pun...riak mukanya tenang, jernih, dan berwibawa sebagai pemimpin negara! so, fikirkanlah saudara2 semua...

anyway, free to post your comment atau gambar2, nota2, diari atau segala salinan koleksi2 peribadi saudara/saudari kepada saya untuk saya 'review' kisah sebenar peristiwa memali ini...

do ail me pse: zaidic1@gmail.com.

Farid said...

Syabas saya ucapkan kepada "anonymous" di atas di atas minat untuk mendalami kisah memali ini.

Saya cadangkan, saudara mencari dari kesemua sumber maklumat yang ada,
1.Wakil kerajaan ketika peristiwa berlaku.
2.Penduduk kampung yang terlibat.
3.Wartawan yang membuat liputan mengenai peristiwa ini.
4.pihak polis@tentera yang terlibat.
5.Ust Taib Azzamuddin(ahli parlimen Baling yang konsisten dalam menegakkan keadilan bagi syuhada' di dalam peristiwa memali ini.
6.Sebenarnya terdapat buku yang menceritakan kisah memali ini, jadi saya cadangkan sdra dapatkannya di Pasaran..
Dan saudara masukkan kesemuanya supaya orang ramai boleh menilai sendiri.

dah ramai yang mengkaji, terpulang kepada penilaian masing2 kerana bagi saya Allah Ta'ala pemilik segala kemuliaan dan memberikan kemuliaan pada siapa yang dikehendakiNya...

Anonymous said...

kepada "anonymous" di atas..

xpayah ckp banyak..lu dtg jumpa gua skang..
gua bole bw lu jumpe saksi penting dan mangsa ISA yg still bnyawa lagik skang ni..adik beradik bapak gua sndrik..en osman salleh

arwah paksu gua sendrik..zakaria jusoh salah seorang tahanan ISA yang dibebaskan..

klu lu nk tau sgt BAPAK gua pun leh story kt lu..no problem..then lu pkla sendrik..

Anonymous said...

Baru kini saya tahu apa yang sebenarnye berlaku di Memali.Saya tidak menyangka begitu sekali mainan politik pihak pemeritah.Bagaimana pihak pemerintah menjamu angota2 yang akan melakukan OPS HAPUS dengan arak agar angota2 itu tidak dapat berfikiran dengan waras tentang apa yang akan mereka lakukan.Terima kasih saudara kerana membuka mata saya yang selama ini buta.Tulisan tuan membuat saya membenci yang teramat pada manusia2 yang bergelar pemerintah ketika itu juga sedih kerana insan2 yang tidak berdosa terkorban tapi gembira kerana mereka yang terkorban itu bukan sia2 tetapi syahid.

Anonymous said...

terima kasih atas maklumat.... minta izin untuk share...

Anonymous said...

ada lg yerr org yg masih buta mata hatinya dengan kebenaran drpd kisah memali ni..
huh semoga Allah memberikan Hidayahnya kepada mu teman :)

Anonymous said...

APE SAHAJA ALASAN - DARAH SAUDARA SEAGAMA ITU ADALAH HARAM!!! . .
fahamkan HARAM?? . . tak perlu nak bg dalil - dalil panjang berjela . . yg asas dah mencukupi . . aku lahir 4tahun selepas peristiwa nih , dan bile ak amek twu pasal peristiwa nih , darah aku membuak2 ,egtkan kat luar sana je org tindas agama aku , rupe2nye kat negara ak sendiri pon ramai yg pky topeng mnusia utk agenda masing2 . . now korang hero , kuasa ditangan korang , , serang sana , serang sini , kondem sane kondem sini . . takpe . . takkan tak penah gie kebumi mayat org meniggal dunia??. . nampak kan? .. BILE MATI TAK BAWAK APE!! . . mse tuh cakap lah kat mungkar&nangkir = ak VVIP taw , ak ade kuase =) . . atas bumi bro , korang lah raja~~ but were not passive , kami ade pedang , tetapi hanye dihunus pabila tuhan agama dan rasul kami dihina/diperkotak katik kan . . bkn digunakan utk melayan golongan kufur nikmat mcm korang~~ PISS

Anonymous said...

yea kew cter ni cm gni..dgar phak ni lain ..phak tu lain so xtau yg mne btul la..yg tau ibrahim libya ni bg ajaran sesat je

Anonymous said...

yea kew cter ni cm gni..dgar phak ni lain ..phak tu lain so xtau yg mne btul la..yg tau ibrahim libya ni bg ajaran sesat je

Anonymous said...

yea kew cter ni cm gni..dgar phak ni lain ..phak tu lain so xtau yg mne btul la..yg tau ibrahim libya ni bg ajaran sesat je

Anonymous said...

kau dengar da ceramah die kt youtube?

tu ceramah teroris yg sesat ke?

ape ajaran sesat die bwak?.....mcam ayah pin?....krajaan lngit..stukan sume agame?


ape ajaran sesat die?

this person.....i admired...
lau btol kan nk pecah kan prlmbagaan dngan islam.....im all the way wif him.....if i were there

yg aq x fham........nper x jadi ripple effect?.......nper x rmai lgi sertai....kan rmai pas per

btolla la.....cegah ngan tngan pling berat.....misti rmai x sngup

Anonymous said...

InsyaAllah siapa yang bertanggungjawab dalam peristiwa pembunuhan memali ini, sblm diorg meninggal Allah SWT akan balas dulu atas dunia ni... Dan tunggu azab d akhirat kelak... Allahuakbar!!!

Antara Yang Menarik