Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Wednesday, August 26, 2009

Terima Kasih Tuhan...

Aku meyakini Ya Allah,
Bahawa kesempatan untuk berada di bulan mulia ini,
Sememangnya adalah pemberian tanda kasih dan sayangMu.
Maha Suci Engkau yang masih menerima wajah ini dipalingkan ke arahMu.
Engkau izinkan hamba yang lemah ini bersujud dan memujiMu.
Tiada kekuatan untuk menahan lapar dan dahaga,
melainkan kudrat dariMu.
Terima Kasih Tuhan,
kerana memberikan aku kesempatan.
Memberi kelapangan untuk mengingatiMu dalam Doa dan Pujian.
Tetapkan iman, suburkan cinta dan kerinduan.
Tiada lain yang ku harap, selain RedhaMu,
Tuhan yang memiliki segala sifat kesempurnaan...

1 comment:

muslimah said...

alhamdulillah wa syukurlillah, bersyukur padaMu ya Allah..
"terima kasih Tuhan atas segala kemudahan yang Kau berikan, terima kasih kerana memberi petunjuk dan mendekatkan kami dengan orang-orang yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepadaMu, peliharalah hati-hati kami agar tidak syirik atau kufur terhadapMu, wahai Tuhan pemilik sekalian alam..." wallahualam..

Antara Yang Menarik