Terkejut dengan soalan seorang sahabat saya, yang memajukan pandangan seorang non-muslim mengenai "ekstremis" dalam beragama. Katanya, walau apa pun agama yang dianuti, tidak boleh terlalu taat, nanti jadi ekstremis.
Saya cukup marah apabila ada yang cuba membuat kesimpulan awal yang dangkal, padahal dia belum cukup sedar tentang kenyataan yang dibuat.
Pertama, kita kena sedar bahawa kita adalah manusia. Semua manusia, walaupun rupa dan sifat adalah pelbagai, tetapi kita tetap sejenis, berpunca dari percantuman air mani kedua ibu bapa kita, kemudian membesardi dalam rahim ibu kita, dan setelah cukup masanya, kita akan lahir ke dunia, tanpa memiliki apa-apa. Selepas beberapa ketika, kita kemudiannya diberikan keupayaan untuk mendengar, kemudian melihat, dan setelah mencapai usia tertentu, akhirnya kita sendiri mampu berfikir dan seterusnya membuat penilaian dan pemilihan.
Semua ini, adalah jalan hidup seorang manusia biasa, dan setiap daripada kita pasti akan melaluinya. Kecuali Nabi Isa, yang tidak berayah, begitu juga Nabi Adam dan Siti Hawa, ibu dan bapa segala umat manusia, yang diciptakan sendiri oleh Allah.
Proses kejadian manusia, direkodkan secara jelas dan terperinci di dalam Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW kira-kira 1400 tahun yang silam. Ketika itu, belum ada sebarang penemuan mengenai bagaimana manusia itu terbentuk. Ilmu mendapatkan anak, semua manusia tahu, tetapi bagaimana anak itu terhasil, hanya diketahui dan dibuktikan melalui ilmu sains ratusan malah seribu tahun kemudiannya.
Inilah kehebatan Al-Quran yang mengajarkan manusia tentang apa yang mereka tidak tahu.
Jika kita merujuk kepada keterangan yang terdapat di dalam Al-Quran, kita akan dapati di dalamnya juga terkandung ilmu mengenai kejadian alam ini. Tidak sepatah kata pun yang bercanggah malah masih banyak yang belum ditemui oleh para saintis.
Maha Suci Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang(buruj), dan menjadikan padanya pelita (matahari) serta bulan yang menerangi. Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu). Al Furqan, 25: 61,62.
Jika ditanya secara logik, sudah pasti kita akan menjawab, Pemilik kitab Al-Quran ini sudah semestinya Maha Mengetahui segala-galanya. Mustahil untuk seorang manusia untuk memiliki ilmu setinggi ini. Keluasan ilmunya melebihi keluasan alam. Tingginya tidak terbatas, sudah tentu kekuasaannya juga tidak mampu ditandingi oleh sesiapa.
Kembali kepada persoalan ekstremis, saya memulangkan kembali soalan kepada sesiapa juga yang bertanya atau memiliki pendapat yang sama, Siapakah kita dan kenapa kita diciptakan?
Ya, kita adalah manusia ciptaan Allah. Kita hanyalah hambaNya, dan tiada tugas yang lebih layak kita lakukan selain hamba. Tiada tugas yang lebih mulia bagi seorang manusia selain menjadi hamba kepada yang Yang Maha Pencipta. Jika kita engkar atau kononnya "tidak mahu terlalu taat", maka kita sebenarnya telah lupa kepada asal-usul kejadian kita.
Tepat seperti firman Allah,
"Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati)," Yasin, 36:77.
Maha suci Allah, saya berlepas diri dari kezaliman dan kejahilan mereka yang membantah...
Atas alasan apa yang logik pada fikiran kita untuk menangguhkan perintah dan tugas yang telah diberikan kepada kita sebagai hamba? Atau adakah di sana ruang untuk kita mengurangkan sedikit perintah yang telah diberikan kepada kita? Sedangkan nafas ini juga pemberianNya?
2 comments:
beginilah sahabat.. petikan salah satu ayat dalam surah Al-Imran..
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
Terima kasih..
Ayat di atas saya pasti sangat sesuai untuk kita dan orang2 Islam yang menjadi saudara dan sahabat kita. Tetapi dalam hal yang berkaitan dengan orang bukan Islam, saya percaya ada ayat yang lebih baik, misalnya ayat ni:
Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu; dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa (dengan memberikan pertolonganNya. At-Taubah, 9:123.
Post a Comment