Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Sunday, January 30, 2011

Keputusan PRK 13"Bantuan" Cikgu Mala ditolak oleh rakyat.

Hujan lebat mengiringi kekalahan Cikgu Mala secara rasminya kepada Tok Ai di Tenang selepas bekas ADO tersebut mengekalkan kerusi Barisan Nasional di DUN tersebut dengan jumlah majoriti 3707 berbanding 2492 majoriti yang diperolehi dalam PRU 2008.


Ternyata, kebangkitan rakyat di Tunisian dan Mesir sedikit pun tidak sedikit pun mampu menggugat ketenangan rakyat Tenang yang begitu tenang dan senang dengan Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Najib, UMNO - Barisan Nasional.

Berita ini adalah berita sedih buat seluruh rakyat sedar seperti saya. Saya yakin dan pasti, ikan di air juga menangis di atas berita yang malang ini. Namun, ianya sedikit pun tidak mematikan langkah dan semangat untuk terus bekerja. Sungguh, ada mesej yang jelas yang dihantar oleh Raja segala raja, TERUSKAN BEKERJA!!!

Saya gembira, kerana berita kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia menjadi pengubat hati saya yang sentiasa merindukan kebenaran dan keamanan.
Setelah didapati tiada gambar yang mendedahkan aurat, gambar ini saya siarkan di sini.. Semoga Allah memberikan kita taufiq dan hidayah.. 

4 comments:

Unknown said...

JOM KERJA!

Farid Albariti said...

Atikah: Jom, Semoga bantuan Allah akan sampai kepada saya, mereka dan juga ANDA!

KHAULAH said...

tok guru nik aziz:Keputusan rakyat Tenang diterima dgn hati terbuka. Petugas Islam yg ikhlas tetap menang di akhirat, insya allah

ata said...

sedih,mereka gagal memilih pemimpin yang mampu me"menusia"kan manusia!

Antara Yang Menarik