Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Saturday, April 25, 2009

Berdepan dan mendepani...


Segala puji dan pujian hanya milik Allah Ta'ala yang memiliki segala kerajaan langit dan bumi. Tidak sesekali Dia beranak, Tiada bagiNya sekutu dan tidak memerlukan sebarang pertolongan di dalam kerajaan, dan Dialah yang telah menetapkan kadar begi setiap sesuatu.

Ada pun, bagi hamba yang hina-dina ini, tidak langsung layak menerima apa-apa melainkan ujian dan cabaran. Diuji dengan pujian untuk melambatkan proses kematangan. Dicabar keimanan untuk menapis kekurangan dan menentukan tahap kejayaan.

Mencabar diri untuk membuktikan kemampuan. Menghina diri untuk mendapatkan kemuliaan dan keredhaan. Tiada yang lebih penting daripada pandangan Tuhan, sekalipun hina pada pandangan ciptaan. Sememangnya menarik gelaran dan kemasyhuran yang diberikan manusia. Harapnya tidak sedikitpun menarik janji dan pulangan daripada Tuhan. Moga dikekalkan minat pada pulangan Tuhan dan memandang enteng ganjaran insan.

Maka, kepada manusia-manusia sama ada teman ataupun lawan, buatlah apa-apa pun, asalkan tidak mengganggu saya dari menantikan pulangan Tuhan. Depani saya, berdepan dengan saya untuk selesaikan segala kesulitan dan jurang antara saya dan kalian.

Berdepan dan mendepani...

1 comment:

Daie Muda said...

salam..saidina Ali r.a berkata " Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki diri sendiri". Salam juang Mujahid Muda

Antara Yang Menarik