Oleh: Ust Dato' Hj Abu Bakar Chik
Pengerusi KAWAN,
Merangkap Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pendidikan PAS PUSAT
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف اللأنبياء والمرسلين وعلى
اله وصحبه اجمعين ، وبعد
1.0 Pendahuluan
Kedatangan Muhammad Rasulullah SAW menjadi penyudah dan pelengkap kepada para anbiya dan mursalin sebelumnya. Rasulullah menyifatkan dirinya sebagai sebuah batu bata yang menutupi satu lubang di sebuah bangunan;
Syariat Islam yang lengkap ini mampu memenuhi keperluan alam yang memiliki pelbagai unsur keabaikan dan keburukan. Syariaat ini memimpin dan mengatur agar urusan kehidupan menjadi murni dan sejahtera. Ia memberi kebenaran kepada sumber kebaikan untuk menolak sumber kejahatan. Firman Allah SWT:
Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah Telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa,
Tujuan Islam diturunkan oleh Allah sebagai agama untuk seluruh alam ini ialah bagi menjaga Maqasid ul Syariat.
Generasi awal Islam yang di pimpin oleh Rasulullah saw telah melaksanakan kehidupan Islam dalam sistem negara Islam yang lengkap dan sempurna. Negara Islam Madinah mempunya institusi masjid yang menjadi tunggak pertama dalam masyarakat dan negara, diikuti dengan konsep persaudaraan Islam yang menjadi ikatan dan hubungan dikalangan anggota umat serta perlembagaan Islam madinah yang menjadi penjamin keadilan dan kesejahteraan umat.
Persoalannya, bagaimanakah umat Islam hari ini berperanan mengembelingkan kekuatan mereka untuk mendaulatkan Islam. Dalam situasi Malaysia, kita menghadapi pemerintahan yang mendakwa diri mereka menjaga kepentingaan ummat Islam, negara bermasyarakat majmuk dan majoriti rakyatnya beragama Islam. Justeru bagaimanakah PAS berperanan sebagai sebuah gerakan Islam?
PAS patut mencari jalan penyelesaian terhadap masalah umat di Negara ini, khususnya di dalam menangani isu pendidikan masyarakat dan gejala sosial. Sebagai sebuah gerakan dan parti politik PAS, telah mengambil langkah-langkah yang cemerlang dalam memenangi pilihan raya semenjak 1995. Sejajar dengan itu juga usaha-usaha tarbiyah, pendidikan, penerangan dan kebajikan dilakukan dengan baik dan munasabah. Dalam bidang tarbiyyah terdapat program tarbiyyah harakhiyyah dan tarbiyyah nizamiah. Bahkan melalui skim tarbiyyah nizamiah pas mempunyai pusat – pusat pendidikan daripada peringkat pra sekolah hingga peringkat universiti. Tetapi program amal makruf nahi mungkar yang menjadi tunggak kepada amal islami belum dapat dilakukan secara tersususn dan berkesan. Kita semua berkewajipan melaksanakan gerak kerja secara yang tersusun seperti yang difirman oleh Allah dalam surah as-Saf Ayat 4.
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.
Kerana itu, urusan amar makruf nahi mungkar mestilah ditertibkan dan diuruskan dengan seberapa segera dalam pergerakan PAS. Terlalu banyak isu-isu yang berkaitan mesti diselesaikan seperti isu gejala sosial, isu jenayah, dan hiburan songsang menjadi semakin parah dan berleluasa. Dalam masa yang sama kita tidak dapat melihat kesungguhan kerajaan di bawah pimpinan BN dalam menangani isu-isu keruntuhan moral sehingga ianya menjadi wabak yang melanda masyarakat belia dan pelajar bahkan generasi muda seumumnya.
Justeru itu PAS telah bersetuju menggerakkan program Sukarelawan Pendidikan Rakyat bagi melaksanakan tugas “amar maaruf nahi mungkar ini” dan Lajnah Pendidikan PAS Pusat (LPPP) mengusaha dan menguruskan program ini sejajar firman Allah swt:
“… dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala Yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”. (Ali Imran: 104)
Sabda Rasulullah S.A.W:
عَنْ أبِي سَعِيدِ الخُدْرِيِ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ الله صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ ايْمَانِ .
Dari Abu Said Al-Khudri r.a. katanya; Aku dengar Rasulullah S.A.W bersabda : Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya (kuasa), Jika dia tidak mampu maka hendaklah dicegah dengan lidahnya, Tetapi jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mencegahnya dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (Hadith Riwayat Muslim)
2.0 RASIONAL
Penubuhan pasukan ini sangat diperlukan bagi menggarap kepentingan-kepentingan di bawah ini:
2.1 Keperluan melahirkan kumpulan petugas Parti untuk berkecimpung secara bersungguh-sungguh dalam gerak kerja amar makruf dan nahi mungkar supaya Parti Islam mencapai darjah khaira ummah
2.2 Keperluan melahirkan individu yang peka dengan urusan amar makruf dan nahi mungkar kerana usaha ini merupakan pencegah imam seseorang.
2.3 Memastikan setiap entity masyarakat (quryah / masjid) mempunyai petugas-petugas parti dalam urusan amar makruf nahi mungkar.
3.0 Nama Projek
Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN)
4.0 Slogan
“ad-Deenu an-Nashihah.”
5.0 Kenyataan Misi
Menangani masalah pendidikan masyarakat dan gejala sosial melalui khidmat nasihat dan runding cara.
6.0 Matlamat
Membantu semua pihak yang berusaha membangunkan khaira ummah berdasarkan Firman Allah SWT:
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. Ali Imran, 3 : 110.
Melaksanakan tugas amal makruf dan nahi mungkar melalui pendidikan masyarakat dan undang-undang. Melengkapkan keperluan organisasi PAS menjadi organisasi massa dan memimpin masyarakat.
7.0 Objektif
7.1 Membangunkan rakaian gerak kerja amar makruf & nahi mungkar
7.2 Menangani gejala jenayah, vandalisme dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat.
7.3 Melahirkan masyarakat yang saling nasihat menasihati.
7.4 Menggerakkan masyarakat dan petugas pati dalam melaksanakan matlamat dan misi kawan
8.0 Pembanguanan Organisasi
Organisasi KAWAN diformulakan menurut keperluan pembangunan parti sebagai sebuah Harakah Islamiah dan pembangunan Masyarakat Islam di negara ini berpaksikan kepada jamaah PAS sebagai nukleas kepada pergerakan masyarakat. Dalam pembangunan organisasi KAWAN ini, peranan muslimat menjadi rakan kongsi utama di semua peringkat.
8.1 Dalam kontek amar makruf dan nahi mungkar, PAS adalah pemimpin dalam negara dan masyarakat. Justeru, urusan ini hendaklah ditertibkan perlaksanaannya berdasarkan kepada peranan rukun-rukun dakwah;
8.1.1 Memastikan peranan pendakwah untuk melaksanakan usaha ammar makruf nahi mungkar
8.1.2 Memberi fahaman kepada masyarakat tentang Islam agar mereka tertarik kepadanya.
8.1.3 Mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan masyarakat khususnya mengenai aspek gejala sosial.
8.1.4 Mengenal pasti sasaran dan merawat sasaran.
8.2 Sehubungan dengan itu, maka unsur-unsur organisasi yang selaras dengan keperluan di atas dibina seperti berikut;
8.2.1 Perunding yang akan merundingi permasalahan dan penyelesaiannya (Perunding)
8.2.2 Penyebar maklumat (skuad) untuk menyampai keperluan dakwah dalam kontek amar makruf dan nahi munkar.
8.2.3 Peguam-peguam yang akan mengambil perjalanan terhadap ansir-anasir kemunkaran yang dilihat tidak menepati peraturan dan undang-undang negara.
8.2.4 Bahagian Pentadbiran dan Latihan.
9.0 Strategi
9.1Mengajak manusia pada jalan Allah dengan hikmah dan kebijaksanaan.
9.2 Melaksanakan pendekatan “amar maaruf nahi mungkar” melalui nasihat.
Sabda Rasulullah S.A.W:
عن أبي تميم بن أوس الـداري رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :" الدين النصيحة قلنا لمن ؟ قال : لله ولرسوله وللأئمة المسلمين و عامتهم".
Dari Abu Ruqayyah Tamiim bin Aus ad Daari radhiallahu ‘anh: “Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda: Agama itu adalah nasihat . Kami bertanya: Untuk Siapa ? Beliau bersabda: Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam dan bagi seluruh kaum muslim.” (Hadith Riwayat Muslim).
9.3 Menyokong usaha membudayakan masyarakat dengan program keilmuan.
9.4 Mempromosikan contoh-contoh yang baik.
10.0 Modus Operadi
10.1 Mengenal pasti permasalahan masyarakat sekitar (melalui penyelidikan)
10.2 Perundingan dengan pehak berwajib dan pehak bertanggung jawab.
10.3 Penyebaran Risalah umum (tasawwur islami) dan risalah khusus (tajuk khusus untuk sasaran kempen).
10.4 Kaunseling dan khidmat nasihat
10.5 Membuat lapuran kepada pihak berkenaan dan lapuran polis.
10.6 Program pencegahan seperti tindakan undang-undang.
10.7 Mencari penyelesaian alternatif yang sesuai dengan keadaan semasa
10.8 Membina kumpulan rakan sebaya
10.9 Menggerakkan Duta KAWAN
11.0 Harapan
LPPP berharap agar Program Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN) ini dapat ditubuhkan seberapa segera di semua negeri dan menjadi salah satu daripada badan sosial Parti Islam SeMalaysia yang mendidik massa seterusnya menyediakan peranan yang berkesan di peringkat nasional hingga ke qariah-qariah.
Semoga Allah memberikan taufik, hidayah dan inayahnya dalam usaha PAS mengislahkan masyarakat dan mentaghyirkan mereka menjadi masyarakat yang bertaqwa.
Ustaz Abu Bakar Chik,
(Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS Pusat)
Kertas kerja ini disediakan untuk Konvensyen Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN) peringkat Nasional Kali Pertama bertempat di Kajang, Selangor pada 12 Februari 2011
No comments:
Post a Comment