Tidak cukup dengan dosa silam yang masih belum terampun, pihak Hal Ehwal Pelajar UKM(HEP), cuba untuk menambah koleksi dosa mereka. Terbaru, mereka menguar-uarkan bahawa akan diadakan kursus untuk Mahasiswa yang akan menyertai Pilihanraya Kampus(PRK).
Di dalam surat yang ditujukan kepada semua Mahasiswa UKM, menyatakan secara terbuka bahawa mana-mana pelajar UKM yang berminat untuk bertanding dalam PRK '09 akan datang WAJIB menyertai kursus yang akan diadakan pada awal tahun hadapan, iaitu 1-4 Jan '09.
Jelas terbayang wajah penakut dan zalim para pegawai HEP yang bertanggungjawab, khususnya Dato' Wahid, TNC HEP UKM. Walaupun sememangnya kami bermusuh, namun tindakan ini jelas menunjukkan ketidakmatangan percaturan Dato' Wahid dalam menghadapi Pemimpin Mahasiswa UKM.
Beberapa perkara yang wajar kita teliti bersama dalam hal ini adalah,
1.Kenapa buat latihan sebelum menang? Bukankah selepas menang adalah masa yang lebih relevan dan menjimatkan. Bagaimana sekiranya terjadi limpahan pelajar yang ingin menyertai program tersebut?
2.Kenapa tempoh penghantaran borang adalah sebelum 19 Dis? Bukankah waktu itu, cuma kroni anak emas HEP sahaja yang berada di UKM. Maaf kalau ada yang terasa.... Maklumat yang diberitahu, teman-teman di kolej kediaman, ramai jentera Aspirasi yang telah sedia menempah bilik di kolej untuk cuti ni... (tak tuduh bersubahat, sekadar makluman)
3.Apakah agaknya senario pilihanraya kampus akan datang, JIka semua yang akan bertanding "dijinakkan" oleh HEP?? Puan Rosma Ayu antara yang terlibat dalam program ni, boleh jadi dia berharap nak jadi Heroin, semoga berjaya dan beroleh petunjuk.Pn Rosma Ayu, Sabar ye, masa anda untuk mengasah bakat sudah habis.. Berilah peluang kepada mereka yang masih muda..

Pilihanraya kampus ini sebenarnya adalah proses pemilihan pemimpin di kalangan mahasiswa. Dalam PRK inilah peluang untuk mahasiswa mengasah bakat kepimpinan masing2. JIka wujudnya pertandingan yang sihat, kita akan dapat saksikan perkembangan idealisme mahasiswa berlaku dan pertembungan yang shat inilah yang akan menghasilkan kematangan dalam berfikir dan bertindak dikalangan Mahasiswa.
Dalam proses mendidik anak sekalipun, takkan sampai ke tua nak disuapkan makanan, nak dikerusi rodakan,
Kami bukan gembala yang dicucuk hidung, diasung ke sana dan ke mari. Kami manusia yang perlukan ruang untuk matang dan berdikari. Berilah kami tempat untuk dilayan seperti manusia, bertatih, berjalan, dan kemudiannya dibiarkan berlari...
Mahasiswa sebenarnya yang bakal mengisi tempat kosong pegawai-pegawai HEP pada masa akan datang. Apa agaknya bala yang akan menimpa?? sekiranya yang bakal menggantikan pegawai-pegawai ini tidak matang fikirannya, dan hanya tahu mengikut dan menurut tanpa punya matlamat perjuangan hidup yang jelas...
1 comment:
salamun'alaik. kem yang diadakan oleh hep adalah satu proses screening bagi calon-calon prk. masa inilah calon didoktrin dan dipasakkan dengan dakyah-dakyah kerajaan. hakikatnya, persiapkan calon-calon promahasiswa dengan sebaiknya. di upsi, kami melalui 2 kem yang disediakan. yang hak akan bertembung dengan batil. teruskan sahabat2!
Post a Comment