Serangan kejam dan biadab tentera Israel ke atas konvoi Gaza-Freedom Flotilla yang mengakibatkan 16 nyawa terkorban merupakan secebis daripada jutaan kezaliman yang telah dilakukan ke atas umat Islam khususnya di Palestin. Jika dibandingkan dengan siri-siri kejahatan yang telah mereka lakukan sebelum ini, serangan ini saya sifatkan sebagai serangan PALING BIADAB DAN KURANG AJAR.
Pertama, Tentera Israel menyerang konvoi ini ketika kapal Mavi Marmara berada pada kedudukan 60 Batu nautika dari perairan Negara Haram Israel. Sedangkan jarak sebenar yang membolehkan mereka melakukan serangan hanyalah pada kedudukan 20 batu nautika. Saya sendiri tidak mengiktiraf 20 batu nautika ini kerana Negara Israel adalah negara HARAM maka segala perkara dan ketetapan yang bersangkutan dengannya juga adalah HARAM dan langsung tidak boleh diterima pakai. Disebabkan mereka melanggar ketetapan HARAM yang mereka sendiri ciptakan ini, maka layaklah mereka diberikan gelaran HARAM JADAH dan kekal gelaran itu menjadi milik untuk sekian lamanya.
Kedua, mereka bertindak menyerang konvoi ini walaupun mereka sedia maklum tentang pengetahuan masyarakat dunia mengenai kehadiran konvoi ini. Saya sendiri telah menerima puluhan mesej yang mengajak saya dan rakan-rakan untuk mendoakan keselamatan perjalanan konvoi ini. Bermakna, sebahagian besar rakyat Malaysia, da sudah tentu Rakyat dunia sudah menyedari kewujudan konvoi ini. Insiden ini tidak seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Mesir tempoh lalu, kerana tidak semua rakyat dan masyarakat dunia yang sedar mengenai kejadian tersebut.
Maka tindakan menyerang rombongan "POPULAR" ini meletakkan mereka pada kedudukan yang melampau dari segi ukuran KEBIADAPAN dan KEKURANG AJARAN.
Ketiga, saya agak hairan dengan liputan yang masyarakat dunia terima mengenai serangan ZALIM ini. Ianya begitu meluas dan muncul di semua stesen TV dan ulasan panjang diberikan secara panjang lebar termasuk melakukan ulang-siar serangan ini secara terang-terangan. Saya sifatkan sebagai liputan langsung yang sangat TELUS dan pantas dari tempat kejadian. Disebabkan beberapa faktor, saya sentiasa menyimpan prasangka bahawa, zionis ini sentiasa melakukan sesuatu dengan penuh muslihat dan tipu daya. Maka untuk dia mensasarkan serangan kepada kapal Mavi marmara ini, dan secara kebetulan mendapat liputan langsung yang sangat pantas, merupakan tindakan yang paling licik dan SANGAT KURANG AJAR.
(Harap dapat berkongsi dengan saya carutan yang lebih teruk, kerana saya rasa tulisan ini masih belum mampu mengalirkan sepenuh emosi saya ketika ini)
Keempat, saya mengesyaki, di samping mesej kejam dan jahat yang ingin mereka sampaikan kepada kita, ada mesej lain yang sebenarnya menjadi objektif utama serangan ini. Pada hemat saya, mereka sudah sedia maklum bahawa masyarakat dunia secara keseluruhannya benci dan melaknati Israel dan dipaksa(kononnya) untuk menerima Negara Haram ISRAEL. Oleh itu, saya merasakan mesej mereka kali ini ialah untuk menguji tahap kekuasaan mereka ke atas dunia melalui media.
Secara tidak langsung, serangan ini menceritakan kepada kita bahawa hakikatnya kita sedang dipermainkan dan diperkotak-katikkan. Serangan ini membuktikan bahawa dunia tidak mampu lagi menggugat kuasa zionis dan sekutu.
Saya bangga dengan semangat dan kepekaan komuniti muslim yang ada di seluruh dunia. Terutamanya kepada negara-negara dan perubuhan Muslim yang lantang dan mengambil inisiatif tertentu untuk mendesak supaya serangan dihentikan dan Israel perlu bertanggungjawab dan di bawa ke muka keadilan. Akan tetapi, seperti yang saya nyatakan serangan ini sebenarnya merupakan KUTUKAN SINIS KE ATAS MASYARAKAT DUNIA TERUTAMANYA MUSLIM.
Ayuh, kita perlu gerakkan sesuatu, setidak-tidaknya menyumbang dengan sama-sama kita laungkan, YA ALLAH KAMI SERAHKAN TENGKUK-TENGKUK YAHUDI dan MUSUH MU INI KEPADA MU YA ALLAH!!! HANCURKAN MEREKA YA ALLAH!!
Masa semakin suntuk untuk kita melakukan sesuatu, ayuh sahut seruan HAMAS mengisytiharkan KEBANGKITAN (INTIFADHA') seluruh umat Islam di dunia.
3 comments:
perlu beklajar untuk mencarut dengan lebih KERAS lagi supaya emosi penulis lebih terserlah....
Ata, bukak kelas untuk ana.. :-)
By the way, salah satu nak lemahkan Israel Laknattullah ni dengan memboikot barangan keluaran mereka.. Kita dah ada inisiatif lain. Seruan daripada Setiausaha Agung PPIM mesti disambut.. Walaupun dah lama dah orang ajak memboikot ni, tp peringatan itu perlu.. Kita pun kadang2 lupa ya akhi farid? heh2..
Jadi mari sama2 melemahkan Yahudi Laknatullah.
TAKBIR!
nak tunjuk perasaan; hm..time rasa geram tu la, kita terus luah kat kertas. memang best, org x baca lagi dah nampak perasaan. :-)
Post a Comment