Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Wednesday, January 26, 2011

Malaysia lambat lagi!!!


Jika kita lihat, perubahan telah pun berlaku di dunia. Terbaru di Tunisia, rakyat bangkit menggulingkan kerajaan autokrasi yang selama ini menindas dan menzalimi rakyat. Perubahan yang besar terhadap kepimpinan Negara juga berlaku di Jepun, apabila Parti Demokratik Liberal, LDP dikalahkan oleh Parti Demokratik Jepun, JDP. Barrack Obama, memecah tradisi Negara Kuasa Besar Dunia itu apabila menjadi Presiden Kulit Hitam yang pertama, selain parti yang diwakilinya, Parti Demokrat menewaskan Parti Republikan yang selama ini memerintah Amerika. Perubahan juga berlaku di Britain apabila Parti Buruh, yang juga telah sekian lama memerintah, dikalahkan oleh Pakatan antara Parti Konservatif dan juga Parti Liberal Demokratik.


Kesemua perubahan di atas merupakan perubahan yang sangat besar dan sangat signifikan kepada corak pentadbiran di negara tersebut. Harapan untuk perubahan dihidupkan dan dinyalakan oleh rakyat yang sedar, seterusnya api perubahan itu menjalar di seluruh pelusuk tanah air sehingga gelombang perubahan itu sudah tidak dapat dielakkan lagi. Rakyat yang sudah jemu dan muak dengan pemimpin sedia ada, memilih untuk menukar selera mereka. 

Melalui sistem Demokrasi, rakyat telah bersuara sehingga mengubah pentadbiran negara di peringkat yang tertinggi. Sebaliknya, jika sistem pemerintahan kuku besi yang diamalkan, maka berlakulah sepertimana yang berlaku di Tunisia.

Tapi, saya rasa Malaysia masih lambat dan tersangat lembab. Walaupun gelombang dan gelora kemarahan rakyat sudah mula dirasai, namun BN-UMNO masih selesa dengan kebangangan dan kezaliman yang terus mereka lakukan ke atas rakyat Malaysia. Tanpa segan silu, mereka mengucar-kacirkan keadaan. Tidak cukup dengan suami pembunuh, isterinya pula rakus menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. 

Ya, mesej mudah kali ini, Malaysia lambat lagi!!

Kenaikan harga minyak dan harga barang, selain daripada korupsi dan pemerkosaan undang-undang dan perlembagaan, tidak sedikitpun membuka mata rakyat. Sekalipun jika mereka masih sayangkan UMNO, setidak-tidaknya mereka perlu dan wajar membuat teguran supaya penyelewengan ini ada batas dan sempadan. Tahap keselamatan yang semakin meruncing, keadaan sosial dan ekonomi yang kurang menentu, semuanya sepatutnya memberikan isyarat bahawa inilah masa yang sesuai untuk berubah.

UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA! merupakan mesej yang sangat jelas dan mudah untuk dibaca. Saya sendiri tidak pasti bagaimana perlu saya menulis "ubah" supaya perubahan itu dapat difahami dengan baik. Saya juga tidak pasti, bagaimana perlu saya menulis "zalim" supaya kezaliman BN itu dapat dirasai. Sekalipun tidak mahu mengubah kerajaan kerana begitu sekali sayangkan BN, setidak-tidaknya kita perlu berikan sedikit "teguran" dan "pengajaran". Menegur pemimpin yang kita sayang, sepatutnya tidak menjadi masalah buat kita, kerana jika kita benar-benar kita sayangkan seseorang, kita tidak akan membiarkan dia hanyut tanpa arah dan pedoman. 

BERSIH, antara "teguran" terbesar yang pernah dibuat oleh rakyat..
Selagi ada peluang untuk menegur, maka tegurlah. Kerana saya, dan jutaan rakyat Malaysia yang lain sebenarnya tidak sedikitpun mempunyai rasa kasih atau sayang kepada Najib, apalagi bininya yang sangat "mencabar kesabaran" rakyat sedar seperti kami.

Tegurlah, kerana iklim politik di Malaysia menunjukkan masih lambat lagi untuk berubah. Hujan masih turun dengan lebatnya, menyebabkan lembab di kebanyakan tempat di Malaysia. Di Tenang juga begitu, semoga Cikgu Mala berjaya mengharungi "kelembapan" luar biasa di Tenang dengan jayanya.


Juga kepada pendokong dan penyokong perubahan, bersama-samalah kita menunggu dengan penuh setia dan sabar, semoga "kelembapan" ini berlalu dengan pantas, di samping berlindung dari terkena hujan yang "melembapkan".


5 comments:

Anonymous said...

Tuduhan tak berasas... kurang bukti... hanya pendapat... tak kritikal

KHAULAH said...

kacapermata... terbaek!!

Farid Albariti said...

Anonymous: tentulah.. Ini hanyalah pintalan encik otak, kalau otak awak terpintal, baguslah, kalau tidak pun, apa boleh saya buat.. :-)

NoRjAliLAhMDYUSOP: Terima kasih.

Hikari J said...

walaupun saya ni tumpul pembacaan isu-isu marcapada di peringkat nasional jua dunia global, hati ni terasa dan terdetik untuk mengiyakan juga kata2 kacapermata...
hidup dalam suasana sebuah negara yg kerajaannya belum pernah beralih tangan kepada parti yang berbeza, beroleh kemerdekaan melalui rundingan meja bulat; susah benar rasanya untuk melihat kesudian rakyat untuk bersuara. warga Malaysia memang sesungguh penyabar umat! tak tahu nak kata apa?! hak dan kebajikan dinafikan boleh duk diam je. agama Islam dihina oleh pemimpin negara pun boleh pandang sebelah mata.
Agaknya, memang lambat lagi untuk Malaysia berubah encik otak

Sandy Springs Energy Audit said...

Thhis is awesome

Antara Yang Menarik