Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Tuesday, January 18, 2011

Kat mana diorang belajar ni???

Seorang pelajar Tingkatan 3 dibunuh dan ditanam di belakang rumah suspek pembunuhannya Sabtu lalu. Taufik Abdul Rahim dipercayai dibunuh sabtu lalu oleh enam anggota geng curi motosikal hanya disebabkan arwah mengetahui rahsia geng tersebut.


Mayat Taufik Abdul Rahim, 15, lengkap berpakaian dan berlumuran darah ditemui tertanam dalam tanah sedalam 0.5 meter.
Taufik ditemui mati dipercayai akibat kecederaan teruk di kepala di belakang rumah suspek di Kampung Sadong Jaya, Samarahan, Serawak. Pihak Polis berjaya mengesan lokasi mayat Taufik selepas salah seorang suspek didapati menggunakan motosikal mangsa di pekan berdekatan. Suspek, 19 tahun, kemudian mendedahkan bahawa dia bersama 5 orang rakannya bertindak memukul mangsa dengan kayu kerana bimbang kegiatan mencuri motosikal mereka diketahui oleh pihak polis.

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati suspek juga pernah memecah masuk rumah mangsa dan memujuknya untuk menyertai geng mereka namun mangsa enggan, memaksa mereka untuk mencederakan mangsa.

Seperti ramai rakyat Malaysia di luar sana, saya melahirkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan mental dan fizikal di Malaysia kerana kes ini membuktikan bahawa Malaysia sudah tidak lagi selamat untuk didiami. Kesejahteraan dan kedamaian yang dikecapi selama ini semakin hari semakin terhakis berikutan menularnya kegiatan gengsterisme, melibatkan remaja sehingga membawa kepada kematian.

Jalan cerita yang jauh lebih pelik akan muncul sekiranya langkah pencegahan yang komprehensif dan bersungguh-sungguh tidak dilakukan oleh semua pihak dalam menangani masalah ini.


4 comments:

Farid Albariti said...

diulang, semua pihak!!

Sebab kita sama2 bertanggungjawab.. Kerajaan memang bersalah dalam hal ni, tapi salah kita jangan ketepikan begitu sahaja...

Aduhh!! Pening kepala bila baca berita ni... Apa yang sebenarnya perlu dilakukan sekarang ni?? Rasa macam nak lari ke angkasa lepas...

Ahmad Tajuddin said...

ya ALLAH,dengar berita ni kat TV3 semalam...x leh imagine macam mane perasaan bunuh rakan sendiri...lepas tu tanam dgn baju seluar macam tu je....entah sape yang salah...tp,yang pasti budak tu BANGANG!

Farid Albariti said...

A'ah bangang.. semoga mereka diberikan keampunan dan hidayah..

Ata, kalaulah nanti ana tau rahsia nta, dan menolak untuk sekongkol bersama nta, jangan buat macam ni pada ana ye... :-)

KHAULAH said...

ya ALLAH, seksanya mati dlm keadaan mcm ni. dunia dah tak selamat. jenayah n maksiat berlaku d mana2 n d dpn mata

Antara Yang Menarik