Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Wednesday, May 26, 2010

Aktiviti Mendengar pendengar memperdengarkan pendengaran...

Hidup ini merupakan satu jenis kemahiran. Kemahiran untuk hidup terdiri dari segala jenis perbuatan wajib dan aktiviti-aktiviti lazim seorang manusia. Misalnya berjalan, merupakan sejenis kemhiran yang dipelajari ketika kecil. Walaupun manusia yang normal mampu berjalan sendiri ketika berumur sekitar setahun, hakikatnya kemahiran berjalan ini adalah pelbagai. Jika kita membuat kajian tambahan, barangkali kita akan menyedari bahawa, selama berpuluh-puluh tahun hidup kita ini, kita masih gagal berjalan dengan mahir. Tahukah anda, bagaimana yang dikatakan mempunyai postur badan yang betul semasa berjalan?

Selain berjalan, manusia normal akan melakukan pelbagai aktiviti dalam kehidupan seharian. Aktiviti-aktiviti ini, semuanya memerlukan kepada kemahiran. Berfikir, bercakap, melihat, makan, minum, sehinggalah kepada membuang air juga merupakan antara aktiviti manusia yang memerlukan kepada kemahiran. Kemahiran di sini bermaksud, melakukan aktiviti dengan berkesan dan memberikan keputusan yang terbaik.

Saya yakin, walaupun kita tidak pernah belajar mengenai kemahiran makan, semua manusia akan secara sendiri tahu bagaimana untuk makan. Akan tetapi, manusia yang cemerlang akan mencari bagaimanakah kaedah yang terbaik untuk makan. Bermula dari proses menyediakan makanan, memilih waktu makan, sehinggalah kepada aktiviti yang boleh dilakukan ketika proses penghadaman.

Mendengar juga merupakan sejenis kemahiran. Komunikasi memerlukan kepada aktiviti memberi dan menerima. Ada rangsangan dan juga tindak balas daripada rangsangan. Keberkesanan aktiviti mendengar ini memunyai dua kayu ukur yang utama. Pertama, proses menerima isyarat dan gelombang. Proses ini berkait rapat dengan penggunaan telinga dan nada yang sesuai semasa berkomunikasi.

Telinga manusia mampu menyerap lebih dari satu gelombang bunyi pada satu-satu masa. Untuk itu, kemahiran asas pendengaran yang pertama ialah memilih gelombang bunyi yang ingin diproses oleh otak. Dengan kata lain memberikan tumpuan terhadap sumber gelombang bunyi yang ingin kita dapatkan itu. Alternatif kepada memberikan tumpuan ialah menghapuskan segala gangguan bunyi yang ada.

Pendengar yang mahir ialah pendengar yang mampu menggunakan seluruh deria yang ada padanya untuk aktiviti pendengaran. Mata misalnya, boleh membantu kita menjadikan pendengaran kita menjadi lebih berkesan dengan cara kita melihat kepada sumber bunyi tersebut. Sebab itu, di dalam komunikasi kita seharian, kita digalakkan untuk bertentang muka dan mata dengan subjek. Mata akan memainkan peranan mentafsir riak muka, selain membantu dalam mentafsirkan isyarat bunyi yang dihantar dengan membaca gerak bibir. Sekurang-kurangnya kita akan mampu membezakan isyarat "baris atas", "baris bawah" atau "baris depan" pada nada yang disampaikan oleh subjek. Mislanya perkataan "tiga" akan disebutkan dengan isyarat "baris bawah" diikuti dengan isyarat "baris atas".

Mereka yang mampu membaca gerak bibir, juga memerlukan seseorang itu mengenal pasti secara jelas "makhraj" huruf-huruf yang disebut oleh subjek. Dengan cara ini, input pada deria mata akan melakukan "cross-check" kepada isyarat bunyi yang diterima oleh deria pendengaran.

Proses kedua ialah, mentafsir dan memproses gelombang bunyi untuk menghasilkan gerak balas. Setelah kita berjaya memilih gelombang yang betul. Kita perlu mahir dalam membuat tafsiran mengenai apa yang perlu kita dengar dan apa yang tidak. Perkara yang perlu didengari seharusnya diberikan lebih perhatian dan memberikan arahan kepada otak untuk menyimpan data atau maklumat perkara yang didengar itu tadi.

Untuk itu, kita perlu terlebih dahulu meletakkan objektif utama dalam aktiviti pendengaran yang akan kita lakukan. Setiap kali kita ingin mendengar, pastikan kita sudah meletakkan objektif yang ingin dicapai supaya dengan mudah kita dapat melakukan proses memilih dan menentukan keutamaan maklumat yang akan kita dengar.

Kegagalan utama manusia dalam kemahiran mendengar ini ialah gagal mengenal pasti objektif yang sepatutnya dan juga gagal mengenal pasti maklumat yang penting semasa mendengar. Pada kebiasaannya, manusia hanya akan mendengar apa yang dia ingin dan suka dengar. Sedangkan, hakikatnya semua perkara adalah penting dan kepekaan kita semasa aktiviti mendengar ini akan menentukan kejayaan dan keberkesanan proses mendengar itu sendiri.

Kegagalan ini pula bermula dengan kita mengabaikan pengetahuan asas tentang apa yang dikatakan sebagai "kemahiran mendengar".

Kita perlu mendengar sekalipun kesimpulan awal yang dibuat oleh otak kita menyatakan bahawa maklumat yang akan kita dengar itu adalah tidak penting. Kita tidak akan tahu sejauh mana pentingnya sesuatu maklumat itu tanpa terlebih dahulu mendengar. Oleh kerana itu, kita perlu mahir dalam mendengar dan mahir dalam mentafsir maklumat yang diperolehi. Gerak balas kita akan ditentukan melalui tafsiran yang otak kita berika terhadap maklumat yang telah diproses.

Percayalah, banyak masalah yang akan dapat diselesaikan dengan baik melalui aktiviti mendengar yang berkesan. Bahkan saya percaya, 50% masalah telah selesai semasa aktiviti mendengar yang berkesan itu sedang berjalan.

Jom mendengar pendengar memperdengarkan pendengaran.... :-)

3 comments:

:: aTiQ :: said...

salam alaik..patutlah bercakap mengenai kemahiran semalam..
ana pun nak kongsi jugak.. tapi ianya ana sendiri yg alami, bagi ana, kemahiran pendengaran akan berkurangan apabila kemahiran untuk melihat terpaksa menggunakan alat bantuan untuk melihat dengan baik dan berkesan serta berkualiti.. maksudnya, bila dah rabun, hm..kalau x de alat bantuan iaitu cermin mata, nak dengar dengan baik agak payah sikit kerana kita tak tahu pergerakan mulut yang bercakap..

jadi, mari melihat apa yang pelihat melihat pendengar memperdengarkan pendengaran supaya kita akan ada kemahiran untuk bersyukur dengan nikmat yang ALLAH beri..=)

Farid Albariti said...

Sedang mendengar, dan berharap dapat terus mendengar.. :-)

Anonymous said...

yup, terbaik dr kandang.. enta memang hebat..
kebanyakkan manusia x suka mendengar dan x pandai menggunakan telinga untuk mendengar.. pada pemerhatian ana, pabila insan semakin lupe dengan kepentingan mendengar, maka akan wujudkan pelbagai masalah dan fitnah.. yup.. apakah ia? tnya albariti .. insyaAllah.. sahabat ana ini dpt menjawabnya

terbaik enta..
pemikiran berjiwa besar

IBN KHALID
BERFIKIR UNTUK MEMIKIR

BERFIKIR PEMIKIR MEMIKIRKAN PEMIKIRANNYA

JOM BINA DIMENSI BARU
:)

Antara Yang Menarik