Malaysia sudah semakin tenat. UMNO-APCO telah berjaya merosakkan segala jenis sistem dan kehidupan yang ada di bumi ini. Kerosakan yang paling besar yang telah mereka lakukan ialah menjadikan rakyat tidak sedar dengan kerosakan yang telah berlaku. Sekalipun kesedaran di kalangan masyarakat sudah semakin baik, namun kesedaran untuk mengubah dan berubah masih lagi berada di tahap yang membimbangkan.
Malaysia memerlukan rakyat yang lebih dari sekadar sedar dan prihatin terhadap kebobrokan yang berlaku. Sebagai rakyat, perlu mengambil inisiatif untuk mencari jalan keluar kepada masalah yang berlaku. Rata-rata menyerahkan tanggungjawab menjalan proses reformasi kepada pemimpin-pemimpin politik. Saya setuju, namun bukan ini satu-satunya solusi.
Untuk memastikan kestabilan perubahan yang akan berlaku nanti, maka alternatif kepada sistem hidup yang sedia ada perlu diwujudkan. Sistem pendidikan negara misalnya, telah mengalami kerosakan yang sangat teruk dan hampir 90% gagal dalam mencapai tujuan kewujudannya.
Akta Pendidikan 1996 misalnya, menyebut mengenai memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Sebaliiknya, apa yang berlaku hanyalah proses pemandulan dan penumpulan. Minat dan kecenderungan pelajar-pelajar di Malaysia untuk menuntut ilmu telah dibantutkan dengan kecelaruan perancangan di peringkat tertinggi. PPSMI adalah satu contoh terbaik untuk menggambarkan kegagalan kerajaan mengawal dan menguruskan sistem pendidikan negara dengan baik.
Kajian dan analisis yang dibuat oleh kerajaan tidak lebih dari sekadar ingin mengaut seberapa banyak keuntungan menerusi projek-projek pembangunan dan juga mengekalkan kuasa dan pengaruh mereka ke atas rakyat Malaysia.
Saya masih dalam proses mengkaji, bagaimanakah produk-produk ilmuan Islam yang terkemuka seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al-Jazari, Al-Khawarizmi, dan ramai lagi dapat dilahirkan semula. Saya dapat merasakan, insan-insan hebat ini belajar kerana ingin mendalami ilmu dan tidak terhenti di dewan-dewan peperiksaan. Fokus utama mereka ialah mencari seberapa banyak ilmu dan praktikal kepada ilmu itu tidak terhad pada pekerjaan mereka semata-mata. Ayuh kita menggerakkan usaha, tenaga dan pemikiran untuk membina kilang-kilang yang berkualiti. Ke arah mencari dan menjadi solusi...

2 comments:
tertarik dengan istilah kesedaran untuk berubah dan mengubah masih di tahap membimbangkan...bijak membawa permasalahan namun mandul dalam penyelesaian...saya menyimpulkan tulisan ini sebagai satu cetusan permasalahan,bukan satu alternatif kepada cetusan perubahan untuk berlaku....mungkin penulis perlu memperincikan apakah solusi kepada masalah "gagal berubah" ini..sbg contoh apakah rakyat Hulu Selangor tidak tahu kebobrokan kerajaan??pasti mereka tahu tapi kenapa perubahan gagal berlaku??pendapat saya rakyat gagal diberitahu apakah alternatif mereka...sekadar cadangan dan cetusan idea tidak memadai...perlunya kepada penerangan yang serba sempurna tentang apakah sistem dan proses yang perlu dilalui oleh mereka....
cantik, sebenarnya, telah dinyatakan di atas.. kita perlu mengusahakan untuk mewujudkan alternatif.. contoh di atas ialah alternatif kepada sistem pendidikan, iaitu menyediakan institusi atau apa sahaja bentuk alternatif yang mungkin dapat mencapai maksud "pendidikan" yang sebenar...
Thanks anyway for the suggestion, looking forward to it...
Post a Comment