Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Saturday, July 3, 2010

Perjalanan Menjadi Tetamu Allah - Bahagian 8


“Yes, malam ni ada peluang aku masuk raudhah,” saya berbisik pada diri sendiri. Agak cemburu dengan ahli jemaah yang kebanyakan mereka telah berjaya masuk dan mendirikan solat di dalamnya.

Namun begitu, masih ada beberapa tugasan yang perlu saya siapkan sebagai persiapan untuk taklimat yang ditangguh ke hari esok, Ahad, urusan pengengkutan, beserta pengurusan dengan wakil muasasah di Mekah dan Madinah.

Taklimat ini perlu diadakan supaya dapat mengingatkan kembali para jemaah mengenai Ibadah Umrah yang akan dijalankan, rukun, perkara wajib, perkara yang dilarang dalam tempoh ihram, memakai ihram dan sebagainya. Juga taklimat mengenai perjalanan menuju ke Mekah Al-Mukarramah.

Malam itu, selepas solat isya’ saya pulang ke hotel, menyiapkan jadual dan menampal notis mengenai aturcara perjalanan ke Mekah, taklimat dan pembahagian bilik semasa di Mekah. Mujurlah ada Ust Azhuri yang banyak membantu, Ust Azhuri memang sangat rajin. Tidak pernah sekalipun dia mengatakan “kejap” apalagi “tak boleh kot” setiap kali saya atau mana-mana ahli jemaah ingin meminta bantuannya. Seringan berat badannya yang kurus itu, seringan itu jugalah tulangnya membantu kami dalam semua urusan.

Saya sendiri pernah meminta dia menemani saya membeli Charger hanset. Tanpa tangguh terus sahaja dia menemani saya. Sepanjang di Madinah saya tidak dapat berhubung dengan sesiapa pun kerana kehabisan bateri dan tenaga elektrik yang dibekalkan oleh hotel di Madinah pula gagal menyokong “pengecasan” bateri. Dua charger yang berbeza saya beli semata-mata ingin mengecas hanset, namun kedua-duanya rosak.

“Harban(rosak),” kata peniaga alat komunikasi yang membelek hanset saya ketika saya meminta dia memeriksa dan memastikan charger ke3 yang ingin saya guna itu mampu berfungsi atau tidak.

Pada telahan saya, voltage dan arus elektrik yang digunakan oleh hotel di sini tidak sesuai dengan hanset Nokia 3500classic milik saya itu. Tapi, ada pula yang menggunakan hanset nokia dengan saiz lubang charger yang sama tetapi dapat mengecas semula hansetnya dengan baik.

“Hanset aku sorang je yang ada masalah ni,” bisik saya kehairanan.

Mujurlah bateri model BL-5c ni tahan agak lama, dapatlah saya memerah baki tenaga yang ada untuk menyelesaikan segala urusan pengangkutan, tempahan bilik dan urusan umrah malam itu bersama Ust Azhuri dan juga wakil muassasah di Madinah dan Mekah.

Malam itu, agak lama dan keletihan menguruskan segala urusan, saya mengambil keputusan untuk tidur terlebih dahulu dan berazam untuk bengun awal. Waktu itu jam telah pun masuk pukul 12.30 malam. 3 jam 30 minit sebelum azan subuh. Tanpa membuang masa, saya memejamkan mata dan mengumpul seberapa banyak tenaga yang mampu dalam baki masa yang ada.

Sekali lagi, hasrat untuk berada di raudhah terpaksa dibatalkan. Semoga ada esok untuk aku...


Bersambung...

2 comments:

Ahmad Tajuddin said...

itu la...ALLAH bg peluang masuk Raudhah x nak masuk.....

Farid Albariti said...

(",)

nanti kita pergi sekali lagi, nak??

Antara Yang Menarik