Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Wednesday, January 19, 2011

KITA Sekular: Zaid Ibrahim

Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim berterus-terang mengenai sikap dan pendirian KITA yang baru sahaja dirasmikan pagi ini. Menurutnya, "perlembagaan persekutuan menetapkan Malaysia sebagai negara sekular, berbeza dengan negara seperti Iran yang dipimpin oleh ketua agama. Kita tak mahu negara seperti itu. Kita mahu wakil rakyat yang menentukan dasar, itu makna sekular," jelasnya ketika ditemui wartawan selepas majlis pelancaran parti KITA.

Tambahnya lagi, "Orang Melayu tak faham perkataan sekular, sebab itu jadi masalah. (Ada pihak) putar belit perkataan itu seolah-olah sekular itu menukar agama. Maka orang Melayu takut, orang Islam takut."

Zaid merupakan Ahli Majlis Tertinggi PKR merangkap Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, diumumkan sebagai Presiden Baru AKIM yang kemudiannya ditukar kepada KITA pada satu Mesyuarat Agung Luar Jangkan hujung tahun lalu. Beliau juga merupakan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, terkenal dengan kelantangan beliau menyuarakan keadilan dan prinsip sejagat menerusi surat beliau kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung Akta Zalim ISA dan kedaulatan undang-undang di Malaysia.

Terdahulu, Zaid menyatakan hasratnya untuk menawarkan KITA sebagai alternatif kepada rakyat yang berbilang bangsa dan menyokong penuh prinsip-prinsip demokrasi di Malaysia. Katanya, "Untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan dalam sebuah negara berbilang agama, kepercayaan agama tidak boleh menentukan dasar awam melampaui nilai-nilai kemanusian yang diterima umum."

KITA merupakan jenama baru bagi parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dirasmikan di Sime Darby Convention Center, di ibu Negara, selain melancarkan logo rasmi dan mengumumkan barisan kepimpinan baru parti itu.

Sekular, seperti kata Zaid, memberikan kuasa penuh kepada pemimpin untuk membuat dasar dan keputusan. Pemimpin pula ditentukan oleh rakyat melalui pilihanraya berdasarkan prinsip demokrasi. Agama Islam, hanya sebagai agama rasmi, sedang perlembagaan Persekutuan mengatasi segala bentuk kepercayaan.


Sungguh, nilai-nilai sejagatlah yang mampu menyatukan dan memimpin manusia seluruhnya. Namun, hakikatnya, tiada nilai yang lebih sejagat daripada nilai Islam. Islam merupakan cara hidup seluruh makhluk di bumi, kecuali sebilangan manusia yang ingkar. Alam ini berputar dan segala silih pergantian malam dan siang, pasang dan surut lautan, semuanya berlaku menurut aturcara yang ditetapkan oleh Allah Ta'ala, pemilik agama Islam.

Bagi saya, kehadiran Zaid dan KITA mampu merancakkan lagi suasana politik Negara. Kehadiran suara Ketiga, walaupun berhaluan kiri, sedikit sebanyak memberikan alternatif kepada rakyat untuk membuat penilaian dan pemilihan. Sikap beliau yang berterus-terang juga merupakan satu advantage dalam mencetuskan konflik kefahaman dan kematangan politik di kalangan rakyat dan pemimpin Negara. Kematangan politik ini, akhirnya akan membawa kepada penilaian yang lebih analitik dan kritikal, seterusnya membawa kepada pencerahan sikap dan amalan berpolitik yang sihat dan sebenar. Itupun jika UMNO-BN tidak terus merepek yang bukan-bukan.


Semoga saya, kita dan mereka diberikan hidayah dan petunjuk oleh Allah Ta'ala.

4 comments:

Ahmad Tajuddin said...

tapi sayang,bersama nya dia selama ini dgn PAS dlm PR seakan x memberi kesan kepada jiwa dia pada Islam dan sensitiviti sbg penganutnya....moga ALLAH bg hidayah pd si Zaid yang sudah kehabisan modal ini...

Hikari J said...

Hikmah Allah menghadiahkan kekalahan buat PR di Hulu Selangor sudah menjadi semakin terang lagi bersuluh!

Huda Afiqah Hashim said...

Jawahir~ akak suka komen awak. :)

Menyingkap hikmah di setiap tabir peristiwa yang berlaku. Zaid Ibrahim PATUT kuar PKR. (Huhu... cam kejam je ayat.)

Farid Albariti said...

di mana sebenarnya had atau batas demokrasi yang kita amalkan??

Negara kita sekular, dan inilah yang terjadi kepada Islam di Malaysia. Islam Sekular..

Antara Yang Menarik