Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Monday, January 10, 2011

Saya berdoa agar ianya menjadi...

Mark Zuckerberg dalam satu keterangan menjelaskan bahawa, laman Facebook yang popular itu akan ditutup pada 15 Mac depan. Menurutnya, tanpa Facebook orang ramai akan kembali keluar untuk bertemu dengan rakan-rakan dan ianya adalah bagus baginya. "Saya hanya mahukan dunia saya kembali," jelasnya lagi.


Sudah tentu, ianya sangat bagus bagi saya. Saya berdoa agar ianya menjadi kerana saya juga tidak suka pada Facebook. Ramai yang mempelawa saya untuk kembali menggunakan Facebook. Saya akui, semasa menggunakan Facebook, saya dapat mengikuti perkembangan rakan-rakan, juga perkara yang berlaku setempat dan dunia. Tapi, sekali lagi, kerancakan di laman Facebook, anehnya tidak serancak di laman dunia. Apa yang berlaku di dalam Facebook, kebanyakannya terhenti di sana, dan penggunanya asyik dengan perkara yang berlaku di dalam Facebook hingga hilang jejaknya di dunia.


Jika benar apa yang dikatakan @ dilaporkan ini, maka pandangan saya dan Mark Zuckerberg adalah sama. :-) Kembalilah ke bumi!! Ramai juga yang bersetuju, baca di sini

Mungkin berita ini hanyalah sekadar "propaganda" yang dilancarkan oleh Mark Zuckerberg. Jelas sekali, jika dia berkehendak kepada keuntungan, isu penutupan Facebook ini akan mencetuskan minat dan tanda-tanya di kalangan pengguna untuk mencari kaedah untuk mengelakkan ianya (penutupan) daripada berlaku. Mungkin sekali, jawapan akhirnya ialah menjadikan laman ini sebagai laman berbayar atau sebagainya. Ramalan dangkal saya, Facebook ini akan terus menjadi tumpuan dan fokus dunia.

Selain itu, saya juga bimbang faktor "privasi" dan "maruah" seorang muslim dan muslimah dalam penggunaan Facebook ini. Tahniah buat mereka yang berjaya menjaga maruah masing-masing, walaupun sehingga ke saat akaun saya dinyahaktifkan, tiada seorang pun yang saya lihat, dapat menjaga "maruah" dan "privasi" mereka dengan baik. secara sengaja atau tidak sengaja, mereka akan mendedahkan diri mereka kepada bahaya fitnah. Apapun niat baik mereka yang ingin memanfaatkan dan menjadi Facebook in bermanfaat harus dipuji, teruskan usaha, semoga berjaya. Tetapi, berawaslah, bezakan antara kaca dan permata! Saya risau, permata yang dicari rupanya kaca yang tak bererti.

Kepada mereka yang sudah mula ragu dengan kewajaran Facebook, saya ingin mengajak untuk bersama-sama saya meninggalkan Facebook ini. Percayalah, hidup anda sebenarnya akan lebih bermakna tanpa Facebook. Anda mampu mengubahnya.. :-)

2 comments:

Ahmad Tajuddin said...

terpukul??
tp,ana rasa ianya keperluan masa kini tambah2 jika hampir kesemua menda lebih prefer utk menggunakan fb sbg medium...mungkin sbg salah satu inisiatif..bukan pada semua menda...

tp,ini satu lontaran yg cukup baik pada mana2 manusia yang menjadikan fb sebagai quran dalam hidup mereka...

Farid Albariti said...

kalau nta kata keperluan, kenapa ana masih sihat dan hidup dengan baik sehingga ke hari ini??

Yg tak dapat hidup sihat tanpa FB ialah mereka yg telah dirosakkan akal dan hatinya.. :-)

apapun, org2 mcm nta masih sihat, kerana FB dijadikan tak lebih dari sekadar alat, xgitu??

Antara Yang Menarik